Dua golongan terhebat. Satu institut.
Sesungguhnya, bila bercakap tentang
IPBA, ada dua golongan pelajar yang terhebat.
TESL dan juga
PISMP.
KPLI tak sangat....kot. hehe. Baru-baru ini, ada yang perbezaan pendapat, mungkin juga rintihan hati seorang manusia yang merasakan wujudnya ketidakadilan terhadap salah satu daripada golongan pelajar terhebat. Jadi, aku sebagai salah seorang golongan terhebat, ehem..terpanggil untuk mengulas isu ini.
:: Outing bersama golongan terhebat
PISMP ::
Memang betul, wujud unsur-unsur ketidakadilan dalam membezakan kedua-dua golongan terhebat ini. Pada aku, setiap golongan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Kalau nak kata golongan
TESL ini berlagak dan sombong, tak patut juga. Mungkin hanya terdapat segelintir daripada kami yang berperangai sebegitu. Al-maklumlah, belajar luor negeri, over the sea pulak tuh. Kami dilebihkan mungkin kerana golongan ini ialah golongan majoriti. Jadi, sentiasa menjadi perhatian. Macam Big Brother pulak. eheh. Tapi, kadang-kadang pressure juga sebab expectation tinggi daripada pensyarah. Mungkin diskriminasi itu ditunjukkan oleh pihak-pihak atasan seperti HEP serta pensyarah-pensyarah dan tiada kena-mengena dengan golongan pelajar. Semua orang pun boleh nampak benda nih. Tak percaya cuba tanya. Kes memilih untuk belajar dalam program harapan negara? Adeh, semua pun program harapan negara.
PISMP pun program harapan negara juga. Kalau tak, tak payah la kerajaan susah payah tubuhkan program tuh, siapkan module-module pembelajaran semua tuh. Kan?
::
IPBA men's hockey team in Kelantan ::
Kalau ingin bercakap dari segi kelebihan golongan
PISMP pula, wah.........aku jeles okeh! Apa tidaknya, memanjang asyik kome je dapat pegi camping la, Tunas Samudera la, Wilderness la, program ko-ku korang gempak seh. Budak-budak
TESL mana merasa semua benda-benda best macam tuh. Alahai...setakat pegi
BTN tuh, lari 2 km je paling gempak kot. Setakat buat the so-called jungle trekking padahal a stroll-in-the-ladang-kelapa-sawit-plus-a-lopak-of-mud baik tak payah. Tak thrill langsung. Setakat join
KAGUM? Tak de la thrill mana pun. Ada ke patut golongan terhebat
PISMP je yang dapat buat semua aktiviti-aktiviti lasak yang best? Dari segi pemikiran aku, ini memang tak adil. Sebabnya, bukan golongan
PISMP je yang boleh buat aktiviti2 cenggitu. Ingat budak
TESL lembik apa tak mampu buat macam tuh? Sedih la haii..jelas tau tak tengok korang pi macam-macam. Konon-konon golongan terhebat
TESL tak boleh sentuh langsung. Ceh, tiada maknanya
HEP oiiiiiiii.
:: Menghantar pejuang-pejuang
IPBA yang mencatat sejarah di
KAGUM N9 ::
Bercakap tentang diskriminasi, alasan ini memang aku rasa tidak patut dibangkitkan. Kalau dibandingkan dengan golongan
TESL yang berada di institut perguruan lain, mereka adalah golongan minoriti yang didiskriminasikan oleh golongan
PISMP yang jauh lebih ramai bilangannya. Bukan maksud di
IPBA terdapat diskriminasi terhadap golongan
PISMP yang bersifat untuk membalas dendam bagi pihak pelajar-pelajar
TESL lain. Ingat lagi, masa kena pergi preparation sambut merdeka tahun 2005. Ya Ampun!! Asyik kena pandang selek je oleh pelajar-pelajar maktab lain. Eiii..bengang memang bengang, tapi kontrol comel sudah. Jap-jap lalu, budak ni pandang. Eh, aku ne comel sangat ke? Jap-jap jalan, budak tuh pulak pandang sambil bibir-bibir laju mengeluarkan butir-butir kata yang tak tercapai oleh pedengaran aku. Ini sudah pelik. Pastu bila tanya, 'eh, korang budak
TESL eh?' dengan pandangan yang pening-pening. Baru la tahu rupa-rupanya mereka-mereka ini tak puas hati dengan budak
TESL. Apa lah yang tak puas hati pun aku tak tahu. Jangan lah dengki-dengki ni. tak baik tau!
:: Rescue 911!!!
'Anep Siottttt' injured. ::
Aduhai..janganlah begini wahai rakan-rakan. Kita ini adalah pendidik-pendidik anak bangsa. Kita sepatutnya bekerjasama menaikkan taraf pendidikan di Malaysia ini. Bukan asyik nak tak puas hati, benci sana, jeles sini (walaupun aku jelas tadi, tapi kini tidak lagi. hehe). So, bawa-bawa bertenang ye semua. Ketepikan sahaja ketidakadilan, segala diskriminasi okeh? Mari bersatu padu menuju Wawasan 2020! Yoshhh!~
:: Ohhh..rindu
LineDaBesh dan
Tasha ::
p/s: Go Go Cikgu!!!!!!!~
Pesanan khidmat masyarakat : Hentikan kebencian dihati.
Aku? Malas nak pikir hal remeh-temeh yang tak masuk akal ni.