Thursday, July 23, 2009

You. Yes, you.

Pernah,
semuanya berlalu
yang tinggal hanya kamu
setia berdiri
menemani hari.

Dahulu,
kita berjalan seiringan
kita berlari berduaan
memerhati alam hingga ke petang
menulis mimpi bersaksikan janji
lewat senja berpisah sementara

Kamu,
Jauh hanya sekejap
dekat makin menjelma
akan tiba waktu
kembali kita gapai mimpi-mimpi ufuk mentari barat.





Dearest Nabilla,
get well soon. :)

Friday, July 10, 2009

Sleeping or books?

I choose both. :)





:: the best activity ever, sleeping with books ::

Sunday, June 21, 2009

Rela berpayahan, setianya ayah.

Hari ni Hari Bapa. Tapii, aku dah wish awal2 semalam waktu telefon dia. Kat ladang rupanya ayah aku. dah maghrib pun tak nak balik lagii.. T__T sedih. susah-payah ayah aku membanting tulang empat kerat di ladang seharian. Anak apalah aku ini. Di sini berjoli bagaikan tiada hari esok. sobs sobs..tampar diri sendiri. huu, tidak mengapa abah. Akan ku buktikan sedaya upaya mencapai targetmu itu.


Haaa...Apakah TARGET ayah aku itu? Apakah? Apakah? Apakah dan apakah?



Mengapa abah? Mengapa? Mengapa? Mengapa dan mengapa? Tidak tercapai oleh akal anakmu ini abah oiiiii. Ya Allah, pohon terangkan hati hambaMu ini, pohon cerdaskan minda hambaMu ini, pohon beri kekuatan pada hambaMu ini. sobs sobs sobs.


Masa nak balik England hari tu, dekat KLIA...waktu peluk abah.



Anak kesayangan: Bhabuji, Bhabuji nak pesan apa dekat dira?

Bhabuji: Haa, biasalah.. 1st class eh. Bhabuji nak 1st class honours.

Anak kesayangan: (baru nak cium tangan angkat kapla terus tak jadi) Haaa? 1st class? apo? bior benor bhabuji?? susah wooo! botak wooo kapla cenggini!

Bhabuji: Apa susah-susah? takde2. bhabuji tahu 1st class.

Anak kesayangan: eh? errr...hu hu hu..ye ye baiklah bhabuji. I'll try my besh!



Korang tengok. Korang tengok. Cuba tengok betul-betul. Haru tak? aku ni dah la stok paling atas pon 2-1 je..perghhh....boleh kurus aku camnih. boleh kurussss. Kurusss tahu tak?


Ingat lagii, waktu tahu aku dapat TESL ni, abah orang yang paling seronok. Call terus tanya nak pegi ke tak nak. Ala, kalau pindah pon tak sampai 500 meter. wakakaka. Aku ofkos la..konon impian nak jadi ahli farmasi. choiy!~ nak bedah katak pon nangis-nangis. cikgu biologi sampai kesianlah, last-last suruh berdiri tepi pintu tengok budak-budak lain bedah. Aku cakap lah, nak pikir dulu. Konon nak pikir, buat solat istikharah sume. Harammm. Lepas tu, dua tiga hari abah call balik tanya, aku dah buat pilihan ke tak. Aku cakap la, erm tak mau la jadi cikgu. Ingat nak stay UM je. Sekali dia tanya apsal pulakk? Haa..aku dah cakap. kan, padan muka aku. Dia macam tak puas hati aku tak pilih TESL sume. Dia pas telefon kat mummy. Kena slow talk pulak. Tengah ceramah perdana tu, mak aku cakap.."eh, dira tahu tak ni program overseas. dorang hantar pi UK, aussie and NZ". Laaa..awat tak habaq awal2? ciss, penat je aku pikir dua malam tiga hari. Automatik aku cakap yess. Ha ha ha.


Jadi, walaupun aku suka buat kerja last minit..aku tetap berusaha supaya aku dapat markah molek-molek gituu. sebab bhabuji aku ni kalau call je dia tanya markah esaimen aku berapa. seram dowh! ketaq bibir nak bagitahu markah. Nak tipu pon tak guna, nak berlagak pasal English pn lagii tak berguna sebab dia pun TESLian juga. hampeh tol. Berlagak kat adik-beradik je la. ha ha. Mungkin sebab tu dia sangat nak aku jadi cikgu English. At least aku ikut jejak langkah dia. Betol la eh, kalau ada anak banyak, mesti bapak atau mak dia nak salah seorang antara anak dia ikut profesion dia tu. Tapi, suka aku. sebab kalau kronik tak paham pasal English, refer dia sudah. Tapi, kecut arr. dia expect kita sentiasa tahu. Ni lagi satu seramm. dengan anak kemain garangnye. Bila tanya student dia, "Sir? garang? gila tak percaya! Dia lawak kot kat kelas!". Terbeliak biji mata aku.


Tapii, aku tahu abah sayang sangat kitorang adik-beradik. Satu masa dahulu waktu aku tingkatan satu, kak Nina tingakatan dua. Second day pergi sekolah, aku try la naik basikal. Kak Nina memang cycle since Form 1. Then, petang tu hujan turun sangat lebat. Keluar gate je nampak abah, mummy semua. Abah kasi baju hujan dekat kitorang dua orang. Then, cycle la sampai rumah dalam hujan lebat tu. Esoknya, terus abah tak kasi nak basikal dah.



I love you abah. -----> nak suami macam abah. Semoga, Allah sentiasa melindungi abah, dipanjangkan umur supaya tercapai hajat menunaikan haji di Mekah dan walikan dira wkatu kahwin nanti. he he

Monday, June 15, 2009

Kisah Cinta

Menyempat je aku..








:: Partition ::

Mari semua ramai-ramai tengok cerita ni. huuuuuuuuu sedih T_____________T
tengok. panjang air mata, aku nangis-nangis. minit ke 12 pon dah start sedey. sobs sobs


Semoga dunia aman daripada perang nuklear ke, saraf ke, dingin ke, panas ke. Sedih tengok saudara seislam mati kena bunuh dulu-dulu. aish..tak sanggup cerita. taip ni pun dah nak nangis.


Personally, i think the script writer did not do his job very well. I mean, how come dia boleh buat cerita muslim girl married a Sikh guy? Part tu memang weng-weng. But i like the story line. sungguh tragis ooooo....husband dia matiiiiiiiiii!! eh?? oopps terbagi tau pulak. hiiiii :D



Kisah cerita ketika zaman partition, India dan Pakistan. Only Muslims were allowed to enter the country. Non-Muslims kirim salam okay. Nasib baik kisah cinta aku bukan zaman ni. Menderita la haiii dik non oii.







alrite. alrite. I should be doing my esaimen------> kawan baik dua tiga hari ni sampai jumaat.

Monday, June 01, 2009

Bila Izrail datang memanggil



"Dialah yang menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa
(dalam melakukan pembalasan terhadap
orang yang derhaka)
lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".

[Al-Mulk: 2]


Setiap yang ada jiwa, roh dan nyawa pasti akan merasa kematian.






Ya sahabat-sahabat, kali ni saya nak share sedikit sebanyak tentang kursus pengurusan jenazah yang saya hadiri Sabtu lepas. Fuh, rasa macam nak bagi speech pulak. hi hi



Menjawab tentang persoalan mengapa perlu adanya pengurusan jenazah, kita sebagai yang hidup mestilah menghormati dan memuliakan tubuh badan orang yang telah meninggal dunia. Bermula daripada sejarah pembunuhan pertama di dunia iaitu apabila Qabil membunuh Habil, atas kasih sayangNya terhadap jenazah yang suci itu, Allah swt telah menurunkan ilham kepada Qabil bagaimana hendak mengebumikan jenazah adiknya melalui gagak. Begitulah hinanya pembunuhan sehinggakan manusia terpaksa bergurukan seekor gagak bagi menguruskan jenazah.

Sebagai muda mudi pemangkin bangsa, kita tidak boleh mengharapkan kepada golongan tua ataupun 'orang surau' sahaja untuk menguruskan semua hal berkaitan kematian. Penting tu sahabat-sahabat sekalian. Ingat ye, walaupun tak masuk periksa. Masuk telinga kanan, tutup telinga kiri tu rapat-rapat. cewahh, pandai je aku nasihatkan orang. hee :D

Luangkan masa melawat sini. Jangan asyik shopping kat blog je.


Berbalik kepada ayat di atas, menurut Ustaz Erfino (comel orangnye, eh korang ni..dah 4 anak dia!) mengapa disebutkan mati sebelum hidup? Haa..jangan konfius, sini meh saya nak terangkan nih. Ya sahabat-sahabat, di sini lah dinyatakan tentang konsep kematian dan kehidupan.
  • Mati merujuk kepada kematian (yelah, apa lagikan?) yang bermaksud perpindahan dari alam sementara ke alam abadi.
  • Hidup pula merujuk kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana, kehidupan yang paling bermakna di mana manusia dimuliakan.

Jadi, kita semua tahu dunia ialah sementara. Maka, kita tidak harus takut akan kematian kerana selepas kita mati, kita akan berpindah ke alam yang tidak tergambar kenikamatannya berbanding apa yang ada di dunia fana ini. Jangan takut ya sahabat-sahabat, kita semua akan merasa kematian jadi marilah kita mempersiapkan diri memenuhkan bekalan untuk di bawa ke sana.



Tiga amalan yang mengikut masuk atau diambil kira walaupun kita telah pergi meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya.

1. Sedekah jariah- sedekah bermaksud huluran yang ikhlas; jariah pula membawa maksud berterusan. Bukan senang nak mencapai tahap ikhlas. Pergh, susah tahu! Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tak tahu apa-apa pun. Tapi, jangan risau sahabat sekalian, kita boleh!

2. Ilmu yang dimanfaatkan- Sesiapa yang masih mempunyai doubt untuk menjadi guru ataupun tidak, YA ALLAH YA TUHANKU, besar pahala weh! he he. Ustaz comel tu cakap lagi, sungguh mulia pekerjaan seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Dan selagi ilmu yang disampaikan itu dimanfaatkan ke jalan yang benar, maka walaupun telah pergi buat selama-lamanya guru tersebut tetap mendapat pahala. Ha! cepat, semua orang isi borang jadi cikgu lagi-lagi school leavers. Siapa tak nak weh? Rugi tahu! Ramai-ramai, say yes to 'CIKGU'!

3. Doa anak yang baik dan soleh- Doa boleh dalam pelbagai bentuk, cara dan bahasa. Kalau konfiden doa dalam BM, doa je. Sebagai anak, kita mesti nak ibu bapa, tok nenek, saudara seislam kita masuk syurga kan. Jadi, jangan lupa doa untuk mereka setiap kali lepas solat. Tak pun lepas tengok berita Palestin kena bom, doa dalam hati supaya saudara kita yang terseksa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.



Okay, ini pun saya baru tahu. Ingatkan lelaki sahaja yang boleh mandikan lelaki dan sebaliknya. TETAPI, perempuan pun boleh mandikan lelaki dan lelaki boleh memandikan perempuan dengan syarat mereka ialah mahram (kalau tak betul, tolong betulkan eh. i don't know how to put it into words.) EH, NI APPLY TO SUAMI ISTERI JE EH (terima kasih Zati sebab tegur. malu aii terlupa satu fakta nih *blushing*). Yang lain jgn nak mengada eh. Ustaz comel tu cakap lagi, yelah kalau nak tunjukkan 'oh sayang, cinta abang padamu kekal abadi hingga ke alam barzakh, tiada yang lain hanya kau dihatiku..whatsoever', ye, SUAMI boleh mandikan jenazah ISTERI. sama juga dengan isteri, boleh mandikan jenazah suami. Apa lagi, suami isteri di luar sana..take note okay. Ini kerana, isteri adalah orang yang paling dekat dengan suami begitu juga suami, berhak ke atas isteri. So, rebutlah peluang ini. Hargai orang yang tersayang dengan memuliakan dia pada saat-saat akhir sebelum dikebumikan. sobs sobs T__T. Nanti I nak pergi buat perjanjian dengan suami I lah bila dah kahwin. Romantiknye.





p/s: I teruja nak tunggu Kursus Pra-perkahwinan. Nanti dah pergi I share okayy. :B

Wednesday, April 22, 2009

Aku akan sayang anak-anak murid aku jika...

Apa yang guru kelas Pine ajar kat kitorang pada hari pertama
pengalaman ke sekolah Ford?




haaa...konfem korang kalau aku suruh teka pon kasi jawapan salah. takpe, hanya orang genius je boleh berfikiran macam kami. he he he




"If we ask pupils, 'Am i too old for this?', we should teach them to say...."







Situasi: dalam kelas aerobik. Miss Nadhirah sedang mengajar senamrobik kepada pelajar-pelajar berbilang kaum di mana aktiviti ini memerlukan tenaga yang tinggi untuk terus manari tanpa tercungap-cungap. tapii..bila dah letih sampai semput tak boleh bernafas, lalu dia bertanya tanpa segan-silu...




"Why can't I be as energetic as you guys? *sigh, muka merah padam pucat lesi tiada oksigen*. Am I too old for this?"




lalu...pelajar-pelajar yang patuh pada kata-kata seorang guru yang paling disayangi menjawab dengan nada penuh kesopanan dan kesusilaan secara beramai-ramai,




"No, miss nadhirah. You are not too old for this. You are young and beautiful as ever."







Okey, fist day posting lagi aku nak ajar anak-anak murid aku ayat nih. Repeat banyak-banyak kali biar tersimpan dalam memori jangka panjang mereka. baru lah seronok dan teruja nak mengajar.

Saturday, April 18, 2009

Teacher, pancing ikan kita panggil apa? "Fisherman."

Holiday is over, well not technically. tomorrow is still a holiday. heh.


School starts this Monday. Am i prepared to face school after a two-week break? you bet. full classes until Friday. Every Wednesday and Thursday will be going to Sekolah Ford for School Experience. Terlalu biasa dengan schedule yang terlampau free. But I'm looking forward to school because.......can't wait actually to start my dissie. he he he


Please, do not label me as CRAZY ke sakit jiwa ke apa. NERDY nadhirah lagi tak boleh!


For me, the sooner the better. Konon. tapiii, im haven't decided the topic for my darling dissie yet. ha ha. I've got three topics in mind but cannot choose la which one is the best.


1. Ejaan

"what?? for a ten-thousand word dissie all you want to write is just about spelling? cannot! literature review untuk spelling sangat sikit."

well, practically that was abah's reaction when i told him about this topic. cheyy..sudahlah aku minat topic ini, mengapa tiada profesor-profesor genius bermurah hati menulis banyak2 buku tentang topik ini? adeh~ then, abah suggested 'legibility of writing'. apakah??? setelah membaca dan mengkaji, ohh...handwriting rupa-rupanya. lari dari tajuk sungguh. ha ha ha


2. Penulisan kreatif

hoh? am i creative and critical enough to write about this topic? nampaknya kreatif la..if not, i wouldn't even think about this topic. ha ha ha. haruslah. bapa cakap..

"belum buat lagi dah sibuk takut takut! cuba yakin dengan diri sendiri!". amik ko.
kena sergah hidup-hidup dengan abah.

"baik bapa. anakanda cuba. nasihat bapa sungguh bernas. terima kasih bapa."


3. Lidah ibu dan bahasa kedua

Even though this topic has been debated for decades, i still think this is an interesting topic untuk dikupas in terms of msian classroom setting. sebab aku ada pengalaman yang comel semasa SBE kat SK Dato' Harun dulu.

Masa relief kelas, I did a recalling activity about ambition. "What do you want to be when you grow up?". Comel bukan? Aku masih ingat aku pakai baju kurung kaler hijau pucuk pisang. Tengah brainstorming, ada seorang pelajar lelaki panggil.


"teacher! teacher! erm..i want to be...erm..shhuing (konon-konon bunyi kapal terbang siap dengan mulut muncung sambil sebelah tangan buat gaya kapal terbang berlepas)."

tergelak okeh aku. pastu aku angguk kepala. "yes..what is it?"

dia garu kepala. "erm...tu lah teacher..bawa erm..ae..aero..aeroplane."
pastu senyum-senyum malu.

"ohh...pilot?" terus aku tulis on the blackboard.

"haa...pilot!" dia sebut pee-lot!

otomatik aku pusing kepala, ketawa sambil cakap..."it's pilot. not pee-lot."

ha ha ha ha..budak tu sengih garu kepala. "ohh..pi-lot. hee."



Seriously, aku tak boleh stop ketawa. kawan-kawan dia pun ketawakan dia. tapi aku cakap, 'everyone makes mistakes.' budak tu sengih je..mind you, i used total english in the classroom tapi alhamdulillah dorang faham though most of their responses were in malay.

Budak tu sentiasa dalam ingatan aku. :)






Ish...rojak betul entri ini. jadi sila abaikan. mungkin aku teringin makan rojak sebab hari Sabtu ialah hari pasar malam seluruh Malaysia. I miss home. T-T

Saturday, March 28, 2009

Al-fatihah

Takziah atas pemergian debit card tersayang yang ditelan dengan lahapnya oleh mesin ATM pada pagi semalam.



stress! stress! ya, memang stress. sayang sangat kad tu. huwaaa T-T. dah banyak benda yang dibeli menggunakan kad itu. cantik pun cantik, siap ada gambar kuda hitam lagi. siapa la yang tak sayang kad kan? kad raya pun sayang apatah lagi kad kredit platinum. Apakah ini balasan Tuhan terhadap nafsuku yang kuat bershopping? Nasib baik sempat borong hijab beberapa helai dulu sebelum kad ditelan. hua hua hua. sekarang nak guna duit pun takde mood. :( nafsu shopping semua hilang..lenyap..pupus...buat sementara waktu. sudah lah jauh dari mak bapak dan keluarga, kalau tak boleh pow. mummy, abah, tak kesian ke dengan dira?



mesin ATM tu memang dah lama mengong. kalau ye pun nak telan, telan la kad orang kaya ke yang banyak duit dalam kad dia ke..ada ke patut telan kad aku yang ada 30 pounds je. tak patut betul. eiiii, memang tak patut. hmm, apa-apa pun aku tetap bersabar menerima ujian ini. cey, dalam hati puas menangis tak dapat menerima kenyataan takut orang curik duit. haii, apalah nasib badanku yang bulat macam ikan buntal ni....




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



apa yang kitorang (aku dan housemates) buat semasa earth hour sedang berlangsung? haaa...tidur beramai-ramai? bercerita perkara mistik dibawah simbahan cahaya lilin? menonton cerita hantu? memanggang ayam bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa? heeee, semua salah! jawapan yang sebenarnya ialah........berkaroake sambil berhimpit-himpit di atas sebuah katil single berkongsikan sehelai duvet seramai 4 orang wanita yang sehat-sehat belaka. aktivit yang sungguh bermanfaat, semua orang dapat praktis vokal menyanyi sehingga kering tekak. best, semua genres lagu kitorang nyanyi termasuk lagu feveret sepanjang zaman, cinta di akhir garisan dan juga isabella 98 sebab semua orang dapat part masing-masing. kwang kwang kwang.


Aktiviti seperti biasa diakhiri dengan adegan meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik yang gelap gelita. cis, ini membuatkan aku semakin saaaaaaaaaaaaaayang dengan housemates aku. :D buat la lagi...buat la lagi... kah kah kah kah...eh eh janganlah, cuak seh gelap-gelap nih. panik tau tadi! automatik semua benda menjelma kat kepala. siapa nak layan malam kang nak tido? T-T




p/s: pikir-pikir balik, bila selalu sangat kena sakat aku jadi immune. benda terus jadi kelakar. ha ha ha ha ha



Wednesday, February 18, 2009

Jangan bimbang









raut wajah yang tenang,
kadang-kala buat hati jadi bimbang.

siapa tahu
hati ayah dan hati ibu
diam, seperti tiada apa yang berlaku.

Ibu jangan resah,
ayah usah gelisah.
kami tidak sendiri
kerana DIA Maha melindungi.