Tuesday, September 16, 2008

Dilemma golongan terhebat

Dua golongan terhebat. Satu institut.

Sesungguhnya, bila bercakap tentang IPBA, ada dua golongan pelajar yang terhebat. TESL dan juga PISMP. KPLI tak sangat....kot. hehe. Baru-baru ini, ada yang perbezaan pendapat, mungkin juga rintihan hati seorang manusia yang merasakan wujudnya ketidakadilan terhadap salah satu daripada golongan pelajar terhebat. Jadi, aku sebagai salah seorang golongan terhebat, ehem..terpanggil untuk mengulas isu ini.


:: Outing bersama golongan terhebat PISMP ::


Memang betul, wujud unsur-unsur ketidakadilan dalam membezakan kedua-dua golongan terhebat ini. Pada aku, setiap golongan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Kalau nak kata golongan TESL ini berlagak dan sombong, tak patut juga. Mungkin hanya terdapat segelintir daripada kami yang berperangai sebegitu. Al-maklumlah, belajar luor negeri, over the sea pulak tuh. Kami dilebihkan mungkin kerana golongan ini ialah golongan majoriti. Jadi, sentiasa menjadi perhatian. Macam Big Brother pulak. eheh. Tapi, kadang-kadang pressure juga sebab expectation tinggi daripada pensyarah. Mungkin diskriminasi itu ditunjukkan oleh pihak-pihak atasan seperti HEP serta pensyarah-pensyarah dan tiada kena-mengena dengan golongan pelajar. Semua orang pun boleh nampak benda nih. Tak percaya cuba tanya. Kes memilih untuk belajar dalam program harapan negara? Adeh, semua pun program harapan negara. PISMP pun program harapan negara juga. Kalau tak, tak payah la kerajaan susah payah tubuhkan program tuh, siapkan module-module pembelajaran semua tuh. Kan?


:: IPBA men's hockey team in Kelantan ::


Kalau ingin bercakap dari segi kelebihan golongan PISMP pula, wah.........aku jeles okeh! Apa tidaknya, memanjang asyik kome je dapat pegi camping la, Tunas Samudera la, Wilderness la, program ko-ku korang gempak seh. Budak-budak TESL mana merasa semua benda-benda best macam tuh. Alahai...setakat pegi BTN tuh, lari 2 km je paling gempak kot. Setakat buat the so-called jungle trekking padahal a stroll-in-the-ladang-kelapa-sawit-plus-a-lopak-of-mud baik tak payah. Tak thrill langsung. Setakat join KAGUM? Tak de la thrill mana pun. Ada ke patut golongan terhebat PISMP je yang dapat buat semua aktiviti-aktiviti lasak yang best? Dari segi pemikiran aku, ini memang tak adil. Sebabnya, bukan golongan PISMP je yang boleh buat aktiviti2 cenggitu. Ingat budak TESL lembik apa tak mampu buat macam tuh? Sedih la haii..jelas tau tak tengok korang pi macam-macam. Konon-konon golongan terhebat TESL tak boleh sentuh langsung. Ceh, tiada maknanya HEP oiiiiiiii.


:: Menghantar pejuang-pejuang IPBA yang mencatat sejarah di KAGUM N9 ::


Bercakap tentang diskriminasi, alasan ini memang aku rasa tidak patut dibangkitkan. Kalau dibandingkan dengan golongan TESL yang berada di institut perguruan lain, mereka adalah golongan minoriti yang didiskriminasikan oleh golongan PISMP yang jauh lebih ramai bilangannya. Bukan maksud di IPBA terdapat diskriminasi terhadap golongan PISMP yang bersifat untuk membalas dendam bagi pihak pelajar-pelajar TESL lain. Ingat lagi, masa kena pergi preparation sambut merdeka tahun 2005. Ya Ampun!! Asyik kena pandang selek je oleh pelajar-pelajar maktab lain. Eiii..bengang memang bengang, tapi kontrol comel sudah. Jap-jap lalu, budak ni pandang. Eh, aku ne comel sangat ke? Jap-jap jalan, budak tuh pulak pandang sambil bibir-bibir laju mengeluarkan butir-butir kata yang tak tercapai oleh pedengaran aku. Ini sudah pelik. Pastu bila tanya, 'eh, korang budak TESL eh?' dengan pandangan yang pening-pening. Baru la tahu rupa-rupanya mereka-mereka ini tak puas hati dengan budak TESL. Apa lah yang tak puas hati pun aku tak tahu. Jangan lah dengki-dengki ni. tak baik tau!


:: Rescue 911!!! 'Anep Siottttt' injured. ::


Aduhai..janganlah begini wahai rakan-rakan. Kita ini adalah pendidik-pendidik anak bangsa. Kita sepatutnya bekerjasama menaikkan taraf pendidikan di Malaysia ini. Bukan asyik nak tak puas hati, benci sana, jeles sini (walaupun aku jelas tadi, tapi kini tidak lagi. hehe). So, bawa-bawa bertenang ye semua. Ketepikan sahaja ketidakadilan, segala diskriminasi okeh? Mari bersatu padu menuju Wawasan 2020! Yoshhh!~


:: Ohhh..rindu LineDaBesh dan Tasha ::



p/s: Go Go Cikgu!!!!!!!~


Pesanan khidmat masyarakat : Hentikan kebencian dihati.


Aku? Malas nak pikir hal remeh-temeh yang tak masuk akal ni.

18 comments:

minimainimira said...

babe,sapa yg tak puas hati ngan budak tesl lak nih?
personally,aku jeles ngan budak pismp jugak..
jiwa aku sgtlah outdoor.
yg suka camping,pergi camp tu camp nih..
bukan cam btn yg lebih kpd ceramah2tuh..
lari 2km btn tu pun nsb baik la lepas..wakakaka
haihh xpyh nak jeles2 la sesama sendiri..
masing2 kan ada kebaikan tersendiri.

Alice said...

nama terpaksa dirahsiakan. harus profesional. eceh. tau tidak mengapa. rugi kan kita? ceit la ipba neh. time muda mudi ni la nak join..satgi da kawen hampeh le..ehehe

minimainimira said...

gambar last awat ada pak lang?
dia jd best fren ang ka nad..
patutla dpt ikan keli free..
ukhwah fillah pak lang!!

Suhaimi Abd Wahid said...

herm entah le.. aku mmg xbley nk komen bnde2 sbb aku dha lali dah dgn bnde2 ni.. diorg slalu jek ckp x puas hati.. tp bukan pd tesl..pd HEP lah.. diorg ok jek lah dgn bdk2 tesl..i mean the guys lah... huhuh dah lama dok sebumbung dgn sahabt2 pismp nie.. tp kan diorg ROCKS beb hahhahaha btw nad nk tnyer... gambar 1st tue sapa blkg ko ek??? sblh dobok tue... x jelas huhuhuh

Pendatang Tanpa Nama said...

PISMP + TESL = Pemangkin Negara

PISMP - TESL = Sedih Kerajaan

Apa-apa pun, setiap manusia ada hak untuk meluahkan perasaan diorang.
Kalau diorang cakap bdak TESL sombong... terima and perbetulkan. Ada benar juga kata diorang.
Tapi, cubalah jgn membenci.

Btw, satu karangan bernas Alice.

Alice said...

myra- ahahahhaa..tiada maknanye. ne kan gmbar Kagum tarian. aduhaii, pak lang join sekaki le.

emy- HEP tuh la..suka banding2kan. aku pun rasa cenggitu. padahal kita lepak je. siap kamceng lagi ngan budak2 PISMP. kan3??

hasani- thanks. btw, tak benci pun. maybe betul juga sebab majoriti ada sesetengah2 antara kita yg tersombong ke apa, aku tak tahu la. yang mana tak elok tuh kita perbetulkan lah sama2. :)

Alice said...

ohhh emy, lupa pulak. belakang aku tuh yang pakai baju melayu kaler purple adalah Encik Suhaimi b abdul Wahid. aduh..gambar sendiri pun tak kenal. kan masa ni kita pi tengok movie 'Jangan Pandang Belakang' sama2.. lepas korang habis solat jumaat. Lupakah?

Suhaimi Abd Wahid said...

hhaha
aku ke?? wei nad bukan bj melayu le.. bj kemeja hahaha selamber jek ko ckp bj melayu.. aku xpernah g Mid pkai baju melayu lah hahaha huhu segna eden.. muka sndiri pon xkenal huhuuhuhuhuu

IanLee87 said...

Bagus la pendapat awk...
seharusnya kita mesti mersatu utk menaikkan nama IPBA yg kt syg nie...
mmg x dinafikan apa yg awk ckp 2 betul n kdg2 jiwa sesetengah individu ni terlalu sensitif...
pd sy no such thing TESL x bleh sentuh lgsung...
TESL pun akan jd cikgu jgk kan...
Ktorg pon ade dgr luahan hati bnyk lg student TESL...
Mentaliti ni harus dikikis dr pemikiran lecturer2...
Alhamdulillah HEP IPBA skrg ni dah smakin baik d bwh KJ En. Tahir Kamaruzaman...
So, Sama2 la kita memajukan dan menaikkan nama IPBA di peringkat IPGM dan IPTA....

anak raja said...

awat madjack ade ???
hahaha...
siot nye kpala besaq...
hahaha...

Alice said...

hirzyan roslee :- tahu tak pe. hehe,
mekasih2. :)

Anonymous said...

"Sesungguhnya, bila bercakap tentang IPBA, ada dua golongan pelajar yang terhebat. TESL dan juga PISMP. KPLI tak sangat....kot"

I c, PISMP dan TESL jer yang ada kt IPBA. Bukan ade pelatih guru bhs asing ek? Ke dah ditamatkan program uh?

Alice said...

maaf. bukan bermaksud xnak highlightkan psl guru pelatih bhs asing yang lain. mungkin terlepas pandang. sorry kalau terasa. bagi saya, semua golongan pun hebat2, ada kelebihan masing2. cuma kat entri nih nak ckp psl tesl and pismp je.

Anonymous said...

hentikan kebencian!!!

aku ada gak kawan tesl dari ipba ada m4p ada ipsah pn ada..orait je

skang ni bukan masalah antara pelajar tp lebih kepada cara pelaksanaan oleh pihak atasan

bdk pismp kadang2 rasa kecewa bila kami dilayan tak sepatutnya. ada diskriminasi..patutnya bila ada kerahan tenaga tu semua la terlibat bkn satu kelas je buat.

dan aku pecaya bdk yg tulis tu pun tertekan, program pismp ni bleh tahan pack dia..smua benda nk kena belajar.

yg benar
tok_rimau

Anonymous said...

smua ada lebih n kurang..
maka saling melengkapilah antara smuanya.. jgn dok gaduh2..
huhuhu..

btw..oh rindu masakan pak lang..
huhuhu..

Alice said...

rindu jugak. rindu daging scud juga. uhuhuhu

SangKunang said...

huuuaaaaaaa!

satu pandangan yg amat menarik + bernas.
hmmm, aku pun jeles ngan budak pismp..
asyik kluar je.
hahaha..

oit, kembali kepada topik.
sape ye yg ckp tesl diskriminasi2 pismp nih?
huu x patut laa,
masing2 ada kehebatan..

haha.
nak sambung,
situasi ni sama sebenarnya ngan situasi di mana sebuah negara memiliki kaum majoriti dan kaum minoriti.
bumiputra laa senang cakap.
non-bumi sering berasa ditindas walau sebenarnya xde apa yg berlaku.
bumiputra dapat lebih adat laa sebab dia tuan rumah.
tu yg ngamok x tentu pasal kalo x puas ati sikit..

di IPBA pulak...
bumiputra=tesl
non-bumi= pismp
biasa laa kalo budak tesl dapat lebih pun sebab sini tempat yg satu ketika dulu memang dikhaskan utk tesl shj..

dan kadang2,
demi menjaga hati "non-bumiputra" di ipba, tesl bnyk beralah.
kadang2 kesian jugak sebab apa2 hal pismp yg konker.

atas dasar itu laa aku skrg memahami.
lebih dari itu, cohort 4 memang baguz. takdak korang kat ipba ni baru rasa kesunyian.
masa ada dulu nak gaduh je keje.
hahahahahahaha

sekian
(post blog kat sini pulak, hihi)

Alice said...

wah..panjang bebenor komen kamu ye.

hehe. btol2..

dah jauh di mata barunak rindu2 kitorang eh?

balik nnti salam ramai12.

haha