Saturday, September 13, 2008

Panggilan Pertama



Panggilan pertama daripada ALLAH swt ialah Azan. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti.

** Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar azan maka ucaplah sebagaimana yang disebut oleh tukang azan

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a

Ketika kita lahir, telinga kita diperdengarkan dengan kalimah-kalimah ALLAH. Seiring dengan panggilan pertama ALLAH kepada kita, kalimah pertama yang didengar oleh kita dan dihembus ke gegendang telinga adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandung kesaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah saw. Azan juga dikumandangkan ke telinga bayi supaya seruan dakwah terhadap ALLAH dan Islam dapat mendahului hasutan-hasutan jahat syaitan.


Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah saw., baginda bersabda, "Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya 'ummu shibyan'."

Ummu shibyan? Apakah itu?
- 'Ummu shibyan' ialah angin yang dihembuskan kepada anak, sehingga anak itu takut kepadanya. Ada juga berkata bahawa ia adalah 'qarinah', iaitu jin.


Tahukah Anda?

  • Melakukan azan dan iqamah adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin).Oleh yang demikian, amin itu lebih baik daripada dhamin. (I‘anah ath-Thalibin: 1/383)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan orang-orang yang azan.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Di zaman Rasulullah saw, sahabat-sahabat serta umat-umat Islam sanggup berundi untuk menjadi muazzin. Alangkah bahagianya kalau di Malaysia pun macam ini kan?


  • Di pohonkan ampun dan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang bersolat dengannya.

Hadis daripada al-Bara’ bin ‘Azib katanya:

Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada (makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan dipohonkan ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia oleh sesiapa yang mendengarnya daripada tumbuhan yang hidup dan kering dan baginya pahala seperti pahala sesiapa yang bersembahyang bersamanya.”

(Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)


  • Mendapat pahala yang banyak

    Sebagaimana di dalam hadis daripada Mu‘awiyah katanya:

    Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat.

    (Hadis riwayat Muslim)

    Adapun yang dimaksudkan dengan orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat itu ialah disebabkan dia melihat pahalanya yang banyak.

    Menurut an-Nadhr bin Syumail, adapun kelebihannya ketika berada di padang mahsyar melepaskannya daripada kesusahan dan kesesakan
    disebabkan ramainya orang pada hari perhitungan itu.


  • Jin dan manusia serta selainnya menjadi saksi pada hari kiamat.

  • Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)

  • Balasan syurga

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)


  • Pintu langit di buka dan saat doa mustajab

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

  • Syaitan pun lari bertempiaran

Hadis daripada Abu Hurairah katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)


Banyak kelebihan azan dan menjadi muazzin ini. Jadi, cik abang-cik abang, mari semua berebut menjadi pemegang amanah okay?


p/s: Sudah terbayang kriteria-kriteria bakal suami. Okay, nak tambah dalam list. Mahu seorang suami yang suaranya lunak mengalunkan azan, bukan hanya tahu melalak karoake sahaja. hehe. Damai rumah aku cenggini.


6 comments:

Pendatang Tanpa Nama said...

Ske tgk gambar Masjidil Haram.
Kumpul duit, buat Haji!! Go Go Go Nad!

Alice said...

aminnnn.

btw, tuh masjid nabawi la syg oii. :)

minimainimira said...

hahaha~~lawak2..
salah masjid la lupa ek.
sian cik hasani.

Pendatang Tanpa Nama said...

Haha, memalukan betol aku nih. (control2)

zatiMJ said...

mcm penah bc artikel neh sumwhere. ke nad tulis sndiri?

Alice said...

realks arr~ ngeh3..terang2 xde gambar kaabah.

ketua: nad copy paste dari mufti brunei.hehe.. ada gak yang nad tulis-tulis sendiri. :)