Bicara pada hati
tenang..
jangan gelojoh menyoal perihal itu dan ini.
Tenanglah wahai hati..
kerana dia masih di sini.
Bicara pada Tuhan
syukur...
sudi Engkau beri kesempatan buat dia
merasai bahagia dunia dan mengejar cinta abadi.
Terima kasih Tuhan,
kerana Engkau dia masih di sini.
Bicara pada kamu
Sabar sayangku..
Kesat air mata, jangan bersedih lagi.
Ketahuilah
kamu paling aku sayang, kamu paling aku cinta
tiada kamu tiadalah siang
dunia adalah malam yang sunyi dan sepi
tiada lagi aku.