kisah ku yang hiba?
Pada si suami,
yang memiliki hati?
lelah di wajahnya membuat aku diam.
Pada siapa aku khabarkan,
kisah ku yang pilu?
Pada si anak-anak?
ah, penyeri dunia kecilku..
Keletah girang membisukan aku.
Wahai manusia!
hinalah aku selagi mampumu
kerana cacianmu belum tentu dapat melepasi benteng ini
Wahai manusia!
herdiklah aku semampu kudratmu
kerana setiap kata-kata itu belum tentu dapat melepasi benteng ini.
Wahai manusia,
telah aku persiapkan diri
menutup setiap akses pancaindera
mengunci segenap penjuru hati
biar engkau sendiri penat dengan kata-kata nistamu
biar engkau sedar seranganmu itu hanya sia-sia.
Satu yang perlu engkau tahu
benteng kesabaran itu lebih kukuh dari sebelumnya
tetap akan ada di situ, dan tidak akan pernah berubah.
Tuhan yang Maha Mendengar,
Aku serah seluruh jiwa
sabarkanlah hatiku,
Kau kukuhkanlah iman di dada,
dan jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur.
Aku percaya,
di sebalik musibah itu
tersembunyi perhatian dan kasih sayang dariMu.
La tahzan.
4 comments:
Salam
Ukhti yg amat kusayangi kerana Allah,
Bila ayat-ayat cinta dari Tuhan mula mengalir di dalam jiwa hamba
Hati mula lembut
Mata mula bergenang
Jiwa mula merindu
Inilah janji Tuhan
Untuk bertemu dengan-Nya
Untuk mendapat kegembiraan abadi
Kita perlu melalui jalan ini
Biarlah airmata menjadi penyuci segala noda yang lepas
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya.
[al-Qiyamah:22-23]
p/s: ...and I won't leave you until God calls me to His side. :) (utk bakal suami ukhti Nadhirah, jaga dia baik-baik kerana dialah permata yang sangat mahal dan satu rahmat dari Allah bagimu. Insya Allah. Mg Allah mempermudahkan segala urusan *wink*)
Uhibbukum fillah~
Pada Tuhan yang satu.
Tiada yang tersembunyi dariNya.
be strong:)
InsyaALLAH akan ku jaga permata ini sehabis baik ku... jika benar status suami itu milikku. ;]
la tahzan.
meh ngadu sini meh.
jom mkn telur esok jom.
hee.
=)
Post a Comment