Tiada kata seindah perasaan ini untuk menyatakan betapa bersyukurnya Nad menjadi salah seorang daripada ahli keluarga House 20, Student Village, UCP Marjon. Walaupun zahirnya Nad kelihatan seperti seorang pembuli yang sebenarnya ialah seorang mangsa buli, walaupun Nad macam nampak gagah perkasa hakikatnya seorang yang paling terlembik dalam rumah ni, Nad tetap gembira dengan korang semua. Beribu-ribu THANK YOU kerana selama ini bersusah payah untuk Nad, bersabar dengan kerenah Nad dan macam-macam lagi. TERIMA KASIH lagi sekali sebab buat surprise birthday party untuk Nad.
Sebenarnya dalam hati, Nad dah tahu korang nak buat surprise. Tapi saja buat-buat tak tahu. Masa Tiku kantoi cakap "Sayfiq called bagitahu dia guna tomato rumah kita 2 biji". Opppss..okay relaks relaks..kenapa ada tomato rumah kitorang kat rumah Sayfiq pulak? Musykil nih. Then masa tengah usrah tu Hana buat muka cuak, "Nad, ketua suruh balik sekarang jugak". Eh, ni betul-betul serius nih. Masa ni memang Nad berdebar habis la, bimbang apa-apa jadi kat ketua. Baru ingat lepas usrah nak ajak masak sebab Nad lapar gila babas. Pastu dah sampai depan rumah, apesal la gelap pulak bilik makan ni? Hallway pun gelap. Lain macam je feeling. Ni dah berdebar lain kes pulak. Sekali bila nak bukak pintu tak boleh pulak sebab korang letak kunci dari dalam, so tak boleh bukak. Suara hati Nad memang berkata "yes, inilah surprise aku". Kontrol senyum kasi betul-betul nampak real punya terkejut. hehe tapi bila masuk rumah Nad memang betul-betul surprise sampai mulut terkunci rapat sedih tak terhingga tunggu air mata je megalir..sebab Nad mati-mati ingat korang nak kasi kek telur. Bayangkan, telur dadar 26 lapisan bersama satu lilin comel dipacakkan ditengah-tengah kek. T__T Nad memang rasa sedih teramat. Inikan kek harijadi yang ku impikan selama ini? Nescaya housemates aku memang pandai bergurau. T__T nasib baik lepas nyanyi lagu birthday dapat kek yang sebenarnya. penuh strwaberry keliling kek. Huwaaa...terharu terharu. Nasib jugak air mata tak sempat keluar mencurah-curah. Kalau tak, spoil gambar birthday girl. hihihi
::Inilah kek telur dadar 26 lapisan. nampak tak lubang kecik kat tengah-tengah tu? Bekas cucuk lilin. Hampir pengsan sebab terlampau banyak telur.haha::
And Nad memang tak sangka dapat birthday gift malam tu jugak. Mati-mati ingat next week pergi beli sama-sama. Dalam hati redha je la..ngeh ngeh ngeh. Tapiiiiii terharu lagi sekali sebab I had no idea i would get an Mp4. wahhhh korang memang thoughtful habis. Salute! salute! Nad janji menjaga Mp4 tersebut dengan baik ibarat Nad menjaga korang semua. eceh. macam jaga sangattt je bunyik nye. haha Percayalah Nad akan memanfaatkan Mp4 tersebut sebaik mungkin. InsyaAllah Nad tak lalai dengan hadiah tu. Nad takut korang disoal macam-macam jika Nad guna hadiah tu sampai lalai dengan ibadah. Thank you.
Nad sayang korang. Orang selalu cakap kawan sampai mati. Nad pulak cakap "kawan sampai syurga". Semoga kita sama-sama dapat melangkahkan kaki ke syurga. Ameen :)
Salam sayang,
Nad yang kiut forever
Terima kasih Emy buat kek yang ternyata MasyaAllah lazat sungguh. Hebat *clap clap clap*
Terima kasih juga Hasnul, Unie and friends atas lagu birthday yang cool. Serta kawan-kawan sekelas dan Masyhi. *Hugsss* eh hugs yang perempuan je, lelaki no wayy!~
Thanks juga semua yang beri ucapan termasuk ayahanda yang wish tersangatlah awal 3 jam. Terharu semua orang ingat birthday. :)
May Allah bless you, darlings. :)
4 comments:
ye die sll dibuli walopon die mcm gagah. hehe. dah agak dah nad mesti tau. agak tekantoi pasal kunci. camne la leh lupa. adeh. haha kek telur best ape? ktrg dah kesian ngn tepon nad tu asyik hang jer sbb tu blikan mp4. hee. luv u too! muah
eh! macam kenai saja org perlis tuh :D
hahahaha. cis, ada jugak org kesian dgn phone nad kan. aiceh, terharu. sobs sobs.
13May: amboih...gatai nya hang! aku piat satgi!
hg msti dpt byk hadiah kn???
bwk blk baju the beatles utk aku...
hehehe...
Post a Comment