Saturday, October 10, 2009

Too precious to be wasted

Salam-alaykum w.b.t.

Alhamdulillah. Diselubungi kepekatan malam yang semakin dingin, aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang indah dengan kamu semua. ;)


Syukur, selama ini hanya pernah terlintas dihati tetapi tidak pula aku zahirkan secara lisan kepada mereka yang dikasihi. Dengan izin Tuhan Yang Maha Berkuasa, terlaksana juga salah satu impian sebelum meninggalkan bumi England ini.

Sungguh, tanpa sebarang diskusi hanya ajakan dan sedikit peringatan telah membawa kami menuju lebih dekat kepada Maha Pencipta. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, malah setiap lafaz doa dan titisan air mata masih lagi belum cukup untuk menyatakan betapa bersyukurnya kami dengan rahmatNya. Jika dahulu solat bersendirian, kini hampir setiap waktu berjemaah bersama. Benar kata orang, nikmat itu hanya dapat dirasa jika kita mengerjakan suruhan Allah dengan ikhlas dan bersungguh.


Sedikit sebanyak, amalan ini membawa impak yang besar dalam hidup kami. Aku akui, aku bukanlah manusia yang sempurna. Sifat lupa dan alpa itu masih wujud dalam diri ini. Kadang-kadang, erm.. hampir selalu solat dilengah-lengahkan terutama waktu Asar. Terbabas tidur lah, merepek tak tentu hala depan laptop sedar-sedar dah nak Maghrib. Ish ish ish....sedih jap mengimbas kembali waktu sebelum ini. Ish ish ish lagi sekali kerana malu dengan Allah s.w.t. Suruhan yang paling penting itu pun boleh dibuat sambil lewa. Satu kelebihan solat berjemaah ini ialah aku dan sahabat-sahabat berjaya menunaikan solat tepat waktu. Jika tak tepat pun tidaklah melebihi satu jam selepas waktu solat. Syiok gila. hee Setidaknya, ada perubahan walaupun kecil insyaALLAH akan diperbaiki.


Jadi my darling readers, apa kata korang pun mulakan solat fardhu berjemaah? Pahala free je dapat 27 kali ganda lebih daripada solat sendirian. Lagipun solat Isya' dan Subuh berjemaah itu sahaja menyamai pahala solat sepanjang malam. Huwaaa....ALLAH itu Maha Penyayang. T__T





Saya menyeru lelaki-lelaki di luar sana, yang bakal menjadi pemimpin kepada seorang isteri serta anak-anaknya, yang bakal menjadi pejuang menegakkan layar Islam...bangkitlah dan mulakanlah hari anda dengan solat Subuh berjemaah dan akhiri hari anda dengan solat Isya' berjemaah. Kerana lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam itu terletak dalam barisan kukuh yang bermula daripada solat berjemaah.

Sabda Rasulullah SAW mengenai lelaki yang sengaja meninggalkan solat berjemaah tanpa uzur syarei:

"Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat Isya' dan Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunaikannya (secara berjemaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat)."

[H.R. Al-Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah RA]




Melihat perihal lelaki-lelaki Islam di Malaysia sekarang, kami perempuan-perempuan selalu berkata....

Jika pahala itu diturunkan dalam bentuk wang ringgit, pasti semua lelaki akan berlari-lari untuk hadir berjemaah setiap solat fardhu di masjid. Alangkah indahnya jika mereka membayangkan pahala-pahala itu seperti duit-duit yang disimpan di dalam bank akhirat.






Semoga ALLAH s.w.t merahmati kalian semua, my darling readers. :)


4 comments:

Hana Nasrina said...

Nad dear, this post has really brought me into tears. Syukran Allah, for his love, we still got the chance to taste the unforgettable feeling of jamaah prayers. How thankful I am to Him n how I love you guys dear housemates for being true frens to me. We are friends forever, friends who love each other and pray for one another for jannah. sayang nad n semua. :)

sob sob sob..

Alice said...

Syukur ke hadrat Allah swt.

Dear Hana,

Thanks to you too and Zati and Awatif for being there when needed. Words are not enough to describe how thankful I am to be among one of House 20 residents. We stick together through thick and thin. InsyaALLAH. :)

zatiMJ said...

Zati? Zati Mj? sy la tu. oh sama2. haha. love u guys too!! hope kite istiqamah n remind each other. Kite sama2 ke syurga nanti!! thanks a lot! muah adek bradik sy!

13may said...

cek...bila nak updet blog?

hehhe hehhe