aku lihat
bulan terang tanpa bintang.
aku lihat
langit kelam tanpa suria.
mana pergi bintang?
mana pergi suria?
muncullah wahai bintang!
muncullah wahai suria!
jangan biarkan aku sesat
kerana aku mahu menuju kamu.
Namun
hingga kini,
bintang dan suriaku
hilang, tidak muncul lagi.
Aku jadi akur,
pada bintang yang tidak setia
pada suria yang terus sepi
tinggallah aku
terikat di sini
ditemani angin semilir
menanti esok
agar kamu hadir kembali.
No comments:
Post a Comment