Sunday, January 29, 2012

Cerita CNY

Salam and hi.



Hurm.



The other day, aku and my mom pergilah kedaimas. Well, bukan lah pegi kedai yang nama 'Kedai MAS', tapi kedai yang jual barang kemas tuu. Nak tengok cincin. Bukan apa, mak aku terrrrringinnn nak beli cincin pulak. Heh, macam-macam mak aku ni.


So, kitorang pon usha la cincin-cincin comel yang menawan hati. Pastuh mak aku tanya la kak Tina tu, mana bos. Kak Tina jerit panggil bos dan bos pun keluar dari ofis dia. FYI, uncle Leong tu dah lama kenal mak aku, since kitorang pindah sana lagi. Kira geng la ni. Kalau datang kedai, dia asyik nak cite masalah anak yang taknak belajar tapi sibuk nak bawak mercedes pi sekolah. Hantu betul! Heiii, nasib baik not my son, or else aku pelangkung tengkuk dia dengan sabit! Pastu bini dia dengar, join cite sampai gaduh-gaduh manja depan kitorang. Tapi mesti dalam hati masing-masing sentappp. Macam tu lah gayanya mereka berdua. Romantik cara gitu kot?



Hari kitorang pegi sana, aku nampaklah muka dia sedih. Pelik lah kan. Raya-raya pon mau sedih ka tauke? Sebab aku ni kepoci, maka aku tanyalah...


NA, "Uncle Leong, apsai manyak sedih? Kan raya ni? Senyum skettt."


UL, "Hmm.. (senyum tak sampai mata sambil pusing tengok mak aku) a lot of thing happened kak Mala. I manyak sedih."



Eh eh uncle ni, aku yang tanya dia boleh menjawab kat mak aku pulak.


MA, "Why Mr Leong? Cerita la dekat I.."


UL, "Tak boleh cerita kak Mala. Jika I cerite, sampai esok-esok pon tak habis u tau. (hamboiii, ni memang banyak dia punya sedih ni..) Rasa hati I selama ni I tak pernah cerita pada sesiapa. Nantilah I cerita.." (jerit, suruh pakgad bagi kitorang limau dengan air, hehe)


MA, "Hmm..takpelah Mr Leong. Jangan sedih-sedih. Sudah talak hensem maa.."



Bila uncle masuk balik ofis, kitorang tanya kak tina apa telah terjadi???!! Mengapa Mr Leong terlampau sedih di hari perayaan???!



Tina, "Bininya minta cereiii!!Ada boipren lagi kaya!"



Hah! pulokkkk.. ternganga jap my mom and I.




Seram. Seram. Okay, tujuan aku cerita tentang kisah ni bukan nak sebarkan aib ke apa ke. Aku cuma nak bagitau, itulah fitrah manusia. TAK pernah bersyukur dengan nikmat yang ada. Kalau bersyukur pon berapa persen je la kan. Dah ada suami toke emas, nak suami toke minyak. Da ada husband encem macam remy ishak, nak encem macam abang aoron pulokk. Da cantik pun, nak pakai susuk sampai lagi cantik. Da kurus kering macam tiang lampu, nak lagi kurus macam batang lidi pulak. Manusia manusia.


Kita jarang relfect keadaan sekeliling kita. Kita nampak, kita lihat tapi kita buta sebenarnya. Tak ramai antara kita yang benar-benar celik, betul tak? Setakat celik IT tu apa ada hal kan?? Bak kata orang-orang tua, bior buta mata tapi celik hati.



Jadiiiiiiii....bersyukurlah, tanda terima kasih kepada Sang Pemberi Nikmat. ---> malas nak tulis pepanjang. heee

No comments: