Sunday, November 30, 2008

Kerana kawan ibarat mutiara

K.a.w.a.n

Satu perkataan yang cukup senang untuk disebut.

'Kau kan kawan aku'.

'Kenapa hangpa tak nak kawan dengan kami?


Kawan, rakan, kenalan, teman, sahabat, semuanya sama. Bagi aku, tiada beza pun sebab sesiapa yang tergolong luar daripada keluarga aku ialah mereka-mereka ini.


***********

'Kau kawan yang paling aku sayang dalam dunia ni'.

'Kau tahu, aku benci ada kawan macam kau!'


***********

Kawan,

Matahari lawannya bulan.

Bila siang merangkak pergi, malam pula melabuhkan tirai.

Hujan yang turun, lama-kelamaan akan reda juga. kan?

Semuanya adalah pengulangan.

Jadi, perselisihan faham antara manusia juga adalah normal. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi antara kita sesama manusia.

Adatlah, hilang kawan..jumpa kawan baru..hilang kawan lagi...baik semula..gaduh balik..hmm, pening kan?

Pada pandangan aku, kalau boleh elakkan daripada perkara-perkara sebegini. Pengalaman sendiri banyak mendewasakan aku. Bukan senang apabila kita hilang kawan secara mengejut sedangkan orang semua tahu yang kita dan dia memang rapat, ke mana sahaja berdua. Bukan senang juga untuk menebalkan muka mencari kawan baru supaya tidak keseorangan. Bukan senang untuk meneruskan hari-hari esoknya tanpa dia di sisi. Kita tahu dia perhatikan kita dan ambil berat tetapi hati masing-masing keras. Asyik memikirkan bagaimana hendak memulihkan kembali hubungan yang pernah suatu ketika dahulu sangat gembira dan indah. Dan bukan juga senang untuk menampilkan diri di khalayak ramai apabila ramai yang menggangap kita sebagai pesalah.

Aku belajar daripada kesilapan lalu. Maaf kawan, kalau hati kau sehingga sekarang masih marahkan aku. Aku tidak pernah lupa tentang kisah kita, sentiasa mengingati kau dalam setiap doaku.


Kata seorang daripada kawan baik, 'Nad, be strong.'

Ya, aku cuba. terima kasih atas sokongan kau. :)


Selalu bila aku kecil hati dengan kawan-kawan, aku memilih untuk mendiamkan diri. Itu lebih baik. Ataupun aku lebih suka ketawa di hadapan mereka supaya mereka tahu yang aku okay. Kadang-kadang, rasa penat bila selalu buat macam tu. Semua hati hendak aku jaga sampai satu masa aku terfikir..'sampai hati sendiri tak tahu rasa apa'. Tapi, aku lebih rela macam ni daripada mengecilkan hati kawan. Aku dah tak mahu hilang kawan lagi. Biar aku yang beralah. Biar mereka tak tahu yang aku kecil hati. Lama-lama okay lah. Mungkin juga aku yang bersikap terlalu sensitif.

Kita semua mengimpikan sebuah lakaran kehidupan seindah warna-warna pelangi. Kadang-kala akan tercalit sedikit warna hitam di kanvas tersebut. Tetapi, walaupun hitam, ia tetap suatu warna. kan?

:)


Friendship is always a sweet responsibility, never an oppurtunity.


p/s: kawan-kawan, aku sayang korang semua.

Wednesday, November 19, 2008

Ada apa dengan pelangi?

Cantik, indah, mententeramkan jiwa, membahagiakan dan mewarnai hidup saya.

~Happy Birthday abang~