Tuesday, September 22, 2009

Bumi Constantinople

Petang tadi House 20, 15 and 19 bergabung menganjurkan rumah terbuka. Ohh, terlupa pulak nak jemput korang semalam. Tapiii kalau jemput pun korang tak boleh datang. Baik tak payah jemput. hihihihi.


Esok, bermula penggembaraan kami di bumi Turki Uthmaniyyah. Menyelusuri sejarah dan susur galur kerajaan Islam. Menghayati perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople. Meninjau kesan tamadun Islam yang pernah suatu ketika dahulu berdiri gah di mata dunia. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang. :)





Okeh, nak sambung kemas beg. tapiii dah ngantuk. T__T

Wednesday, September 16, 2009

La tahzan

Pada siapa aku khabarkan,
kisah ku yang hiba?


Pada si suami,
yang memiliki hati?
lelah di wajahnya membuat aku diam.


Pada siapa aku khabarkan,
kisah ku yang pilu?


Pada si anak-anak?
ah, penyeri dunia kecilku..
Keletah girang membisukan aku.


Wahai manusia!
hinalah aku selagi mampumu
kerana cacianmu belum tentu dapat melepasi benteng ini
Wahai manusia!
herdiklah aku semampu kudratmu
kerana setiap kata-kata itu belum tentu dapat melepasi benteng ini.


Wahai manusia,
telah aku persiapkan diri
menutup setiap akses pancaindera
mengunci segenap penjuru hati
biar engkau sendiri penat dengan kata-kata nistamu
biar engkau sedar seranganmu itu hanya sia-sia.


Satu yang perlu engkau tahu
benteng kesabaran itu lebih kukuh dari sebelumnya
tetap akan ada di situ, dan tidak akan pernah berubah.


Tuhan yang Maha Mendengar,
Aku serah seluruh jiwa
sabarkanlah hatiku,
Kau kukuhkanlah iman di dada,
dan jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur.
Aku percaya,
di sebalik musibah itu
tersembunyi perhatian dan kasih sayang dariMu.




La tahzan.




I ♥ you mummy

Wednesday, September 09, 2009

It seems to be but it is not.

After all, 'Sorry' is not even the hardest word to say.


But, to convince someone that you really are sorry is the utmost challenging part.






Believe me, moi chree
when I said I'm sorry
for every inch of pain
for every hint of sadness.