Tuesday, August 25, 2009

Kakak saya cakap,

Dua hal yang harus kita lupakan iaitu;

  • Kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan

  • Kesalahan orang lain pada kita.


Minta maaf semua atas segala tutur kata yang kurang menyenangkan, yang membawa persengketaan. Maafin gua dunk!





Dah emp4t hari umat Islam berpuasa. Tapii, baru hari ada kesempatan nak wish kalian semua


  • Selamat berpuasa
  • Selamat berbuka.
  • Selamat berterawikh.
  • Selamat bertadarus.
  • Selamat berqiamullail.
  • Selamat berjimat-cermat.
  • Selamat memperbaiki diri sendiri. InsyaALLAH.
  • Selamat berjihad di jalan ALLAH swt. InsyaALLAH.
  • Selamat buat kuih raya. sedap-sedap tau!
  • Selamat pos kad raya kat saya. he he
  • Selamat hantar kuih raya dekat saya. Ingat-ingat lah saya di sini. Ceewah.
  • Selamat hantar duit raya seikhlas hati kepada saya. Kasihanilah Kasihanilah..

Selamat selamat selamat...Semoga selamat semuanya di bulan yang penuh kemuliaan ini.



Ohh tak lupa juga, Selamat pulang beraya di kampung, di rumah, di jalan raya, di perantauan, di laut, di udara, di kawasan peperangan sekalipun. Semoga kalian senantiasa dipayungi rahmat Allah swt. Harapan semoga Ramadhan al-Mubarak kali ini membawa seribu keinsafan dalam diri kita semua. Amiinn Ya Rabbal Al-amin.

Tuesday, August 04, 2009

It feels like

it was yesterday
strolling down the Queen Street
hand in hand.
I'd be your model
and you'd take shots as many as it pleased you
Sometimes I'd pretend
to read or to munch
to sleep or to blanch
to never notice your lenses.
I guessed you knew all my tricks
but still, you played along
because all you cared was my laugh
for this shall be remembered when you were home.

Monday, August 03, 2009

Another you

Bicara pada hati
tenang..
jangan gelojoh menyoal perihal itu dan ini.
Tenanglah wahai hati..
kerana dia masih di sini.


Bicara pada Tuhan
syukur...
sudi Engkau beri kesempatan buat dia
merasai bahagia dunia dan mengejar cinta abadi.
Terima kasih Tuhan,
kerana Engkau dia masih di sini.


Bicara pada kamu
Sabar sayangku..
Kesat air mata, jangan bersedih lagi.
Ketahuilah
kamu paling aku sayang, kamu paling aku cinta
tiada kamu tiadalah siang
dunia adalah malam yang sunyi dan sepi
tiada lagi aku.