Sunday, June 21, 2009

Rela berpayahan, setianya ayah.

Hari ni Hari Bapa. Tapii, aku dah wish awal2 semalam waktu telefon dia. Kat ladang rupanya ayah aku. dah maghrib pun tak nak balik lagii.. T__T sedih. susah-payah ayah aku membanting tulang empat kerat di ladang seharian. Anak apalah aku ini. Di sini berjoli bagaikan tiada hari esok. sobs sobs..tampar diri sendiri. huu, tidak mengapa abah. Akan ku buktikan sedaya upaya mencapai targetmu itu.


Haaa...Apakah TARGET ayah aku itu? Apakah? Apakah? Apakah dan apakah?



Mengapa abah? Mengapa? Mengapa? Mengapa dan mengapa? Tidak tercapai oleh akal anakmu ini abah oiiiii. Ya Allah, pohon terangkan hati hambaMu ini, pohon cerdaskan minda hambaMu ini, pohon beri kekuatan pada hambaMu ini. sobs sobs sobs.


Masa nak balik England hari tu, dekat KLIA...waktu peluk abah.



Anak kesayangan: Bhabuji, Bhabuji nak pesan apa dekat dira?

Bhabuji: Haa, biasalah.. 1st class eh. Bhabuji nak 1st class honours.

Anak kesayangan: (baru nak cium tangan angkat kapla terus tak jadi) Haaa? 1st class? apo? bior benor bhabuji?? susah wooo! botak wooo kapla cenggini!

Bhabuji: Apa susah-susah? takde2. bhabuji tahu 1st class.

Anak kesayangan: eh? errr...hu hu hu..ye ye baiklah bhabuji. I'll try my besh!



Korang tengok. Korang tengok. Cuba tengok betul-betul. Haru tak? aku ni dah la stok paling atas pon 2-1 je..perghhh....boleh kurus aku camnih. boleh kurussss. Kurusss tahu tak?


Ingat lagii, waktu tahu aku dapat TESL ni, abah orang yang paling seronok. Call terus tanya nak pegi ke tak nak. Ala, kalau pindah pon tak sampai 500 meter. wakakaka. Aku ofkos la..konon impian nak jadi ahli farmasi. choiy!~ nak bedah katak pon nangis-nangis. cikgu biologi sampai kesianlah, last-last suruh berdiri tepi pintu tengok budak-budak lain bedah. Aku cakap lah, nak pikir dulu. Konon nak pikir, buat solat istikharah sume. Harammm. Lepas tu, dua tiga hari abah call balik tanya, aku dah buat pilihan ke tak. Aku cakap la, erm tak mau la jadi cikgu. Ingat nak stay UM je. Sekali dia tanya apsal pulakk? Haa..aku dah cakap. kan, padan muka aku. Dia macam tak puas hati aku tak pilih TESL sume. Dia pas telefon kat mummy. Kena slow talk pulak. Tengah ceramah perdana tu, mak aku cakap.."eh, dira tahu tak ni program overseas. dorang hantar pi UK, aussie and NZ". Laaa..awat tak habaq awal2? ciss, penat je aku pikir dua malam tiga hari. Automatik aku cakap yess. Ha ha ha.


Jadi, walaupun aku suka buat kerja last minit..aku tetap berusaha supaya aku dapat markah molek-molek gituu. sebab bhabuji aku ni kalau call je dia tanya markah esaimen aku berapa. seram dowh! ketaq bibir nak bagitahu markah. Nak tipu pon tak guna, nak berlagak pasal English pn lagii tak berguna sebab dia pun TESLian juga. hampeh tol. Berlagak kat adik-beradik je la. ha ha. Mungkin sebab tu dia sangat nak aku jadi cikgu English. At least aku ikut jejak langkah dia. Betol la eh, kalau ada anak banyak, mesti bapak atau mak dia nak salah seorang antara anak dia ikut profesion dia tu. Tapi, suka aku. sebab kalau kronik tak paham pasal English, refer dia sudah. Tapi, kecut arr. dia expect kita sentiasa tahu. Ni lagi satu seramm. dengan anak kemain garangnye. Bila tanya student dia, "Sir? garang? gila tak percaya! Dia lawak kot kat kelas!". Terbeliak biji mata aku.


Tapii, aku tahu abah sayang sangat kitorang adik-beradik. Satu masa dahulu waktu aku tingkatan satu, kak Nina tingakatan dua. Second day pergi sekolah, aku try la naik basikal. Kak Nina memang cycle since Form 1. Then, petang tu hujan turun sangat lebat. Keluar gate je nampak abah, mummy semua. Abah kasi baju hujan dekat kitorang dua orang. Then, cycle la sampai rumah dalam hujan lebat tu. Esoknya, terus abah tak kasi nak basikal dah.



I love you abah. -----> nak suami macam abah. Semoga, Allah sentiasa melindungi abah, dipanjangkan umur supaya tercapai hajat menunaikan haji di Mekah dan walikan dira wkatu kahwin nanti. he he

Monday, June 15, 2009

Kisah Cinta

Menyempat je aku..








:: Partition ::

Mari semua ramai-ramai tengok cerita ni. huuuuuuuuu sedih T_____________T
tengok. panjang air mata, aku nangis-nangis. minit ke 12 pon dah start sedey. sobs sobs


Semoga dunia aman daripada perang nuklear ke, saraf ke, dingin ke, panas ke. Sedih tengok saudara seislam mati kena bunuh dulu-dulu. aish..tak sanggup cerita. taip ni pun dah nak nangis.


Personally, i think the script writer did not do his job very well. I mean, how come dia boleh buat cerita muslim girl married a Sikh guy? Part tu memang weng-weng. But i like the story line. sungguh tragis ooooo....husband dia matiiiiiiiiii!! eh?? oopps terbagi tau pulak. hiiiii :D



Kisah cerita ketika zaman partition, India dan Pakistan. Only Muslims were allowed to enter the country. Non-Muslims kirim salam okay. Nasib baik kisah cinta aku bukan zaman ni. Menderita la haiii dik non oii.







alrite. alrite. I should be doing my esaimen------> kawan baik dua tiga hari ni sampai jumaat.

Monday, June 01, 2009

Bila Izrail datang memanggil



"Dialah yang menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa
(dalam melakukan pembalasan terhadap
orang yang derhaka)
lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".

[Al-Mulk: 2]


Setiap yang ada jiwa, roh dan nyawa pasti akan merasa kematian.






Ya sahabat-sahabat, kali ni saya nak share sedikit sebanyak tentang kursus pengurusan jenazah yang saya hadiri Sabtu lepas. Fuh, rasa macam nak bagi speech pulak. hi hi



Menjawab tentang persoalan mengapa perlu adanya pengurusan jenazah, kita sebagai yang hidup mestilah menghormati dan memuliakan tubuh badan orang yang telah meninggal dunia. Bermula daripada sejarah pembunuhan pertama di dunia iaitu apabila Qabil membunuh Habil, atas kasih sayangNya terhadap jenazah yang suci itu, Allah swt telah menurunkan ilham kepada Qabil bagaimana hendak mengebumikan jenazah adiknya melalui gagak. Begitulah hinanya pembunuhan sehinggakan manusia terpaksa bergurukan seekor gagak bagi menguruskan jenazah.

Sebagai muda mudi pemangkin bangsa, kita tidak boleh mengharapkan kepada golongan tua ataupun 'orang surau' sahaja untuk menguruskan semua hal berkaitan kematian. Penting tu sahabat-sahabat sekalian. Ingat ye, walaupun tak masuk periksa. Masuk telinga kanan, tutup telinga kiri tu rapat-rapat. cewahh, pandai je aku nasihatkan orang. hee :D

Luangkan masa melawat sini. Jangan asyik shopping kat blog je.


Berbalik kepada ayat di atas, menurut Ustaz Erfino (comel orangnye, eh korang ni..dah 4 anak dia!) mengapa disebutkan mati sebelum hidup? Haa..jangan konfius, sini meh saya nak terangkan nih. Ya sahabat-sahabat, di sini lah dinyatakan tentang konsep kematian dan kehidupan.
  • Mati merujuk kepada kematian (yelah, apa lagikan?) yang bermaksud perpindahan dari alam sementara ke alam abadi.
  • Hidup pula merujuk kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana, kehidupan yang paling bermakna di mana manusia dimuliakan.

Jadi, kita semua tahu dunia ialah sementara. Maka, kita tidak harus takut akan kematian kerana selepas kita mati, kita akan berpindah ke alam yang tidak tergambar kenikamatannya berbanding apa yang ada di dunia fana ini. Jangan takut ya sahabat-sahabat, kita semua akan merasa kematian jadi marilah kita mempersiapkan diri memenuhkan bekalan untuk di bawa ke sana.



Tiga amalan yang mengikut masuk atau diambil kira walaupun kita telah pergi meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya.

1. Sedekah jariah- sedekah bermaksud huluran yang ikhlas; jariah pula membawa maksud berterusan. Bukan senang nak mencapai tahap ikhlas. Pergh, susah tahu! Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tak tahu apa-apa pun. Tapi, jangan risau sahabat sekalian, kita boleh!

2. Ilmu yang dimanfaatkan- Sesiapa yang masih mempunyai doubt untuk menjadi guru ataupun tidak, YA ALLAH YA TUHANKU, besar pahala weh! he he. Ustaz comel tu cakap lagi, sungguh mulia pekerjaan seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Dan selagi ilmu yang disampaikan itu dimanfaatkan ke jalan yang benar, maka walaupun telah pergi buat selama-lamanya guru tersebut tetap mendapat pahala. Ha! cepat, semua orang isi borang jadi cikgu lagi-lagi school leavers. Siapa tak nak weh? Rugi tahu! Ramai-ramai, say yes to 'CIKGU'!

3. Doa anak yang baik dan soleh- Doa boleh dalam pelbagai bentuk, cara dan bahasa. Kalau konfiden doa dalam BM, doa je. Sebagai anak, kita mesti nak ibu bapa, tok nenek, saudara seislam kita masuk syurga kan. Jadi, jangan lupa doa untuk mereka setiap kali lepas solat. Tak pun lepas tengok berita Palestin kena bom, doa dalam hati supaya saudara kita yang terseksa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.



Okay, ini pun saya baru tahu. Ingatkan lelaki sahaja yang boleh mandikan lelaki dan sebaliknya. TETAPI, perempuan pun boleh mandikan lelaki dan lelaki boleh memandikan perempuan dengan syarat mereka ialah mahram (kalau tak betul, tolong betulkan eh. i don't know how to put it into words.) EH, NI APPLY TO SUAMI ISTERI JE EH (terima kasih Zati sebab tegur. malu aii terlupa satu fakta nih *blushing*). Yang lain jgn nak mengada eh. Ustaz comel tu cakap lagi, yelah kalau nak tunjukkan 'oh sayang, cinta abang padamu kekal abadi hingga ke alam barzakh, tiada yang lain hanya kau dihatiku..whatsoever', ye, SUAMI boleh mandikan jenazah ISTERI. sama juga dengan isteri, boleh mandikan jenazah suami. Apa lagi, suami isteri di luar sana..take note okay. Ini kerana, isteri adalah orang yang paling dekat dengan suami begitu juga suami, berhak ke atas isteri. So, rebutlah peluang ini. Hargai orang yang tersayang dengan memuliakan dia pada saat-saat akhir sebelum dikebumikan. sobs sobs T__T. Nanti I nak pergi buat perjanjian dengan suami I lah bila dah kahwin. Romantiknye.





p/s: I teruja nak tunggu Kursus Pra-perkahwinan. Nanti dah pergi I share okayy. :B