Saturday, August 13, 2011

Bersyukurkah kita?

Salam and Hi.



I hope it is still not too late to wish everyone "Selamat berpuasa". Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.



Hari ni dah 13 hari umat Islam berpuasa. Semalam, terperasan seluar jeans dah longgar. Eh, unbelievable betul! Terkejut because I thought I was gaining weight. Bila sampai rumah, terus bagitahu abah and mummy show off tahap 'kelonggaran' jeans. Then, mummy bising cakap badan tinggal tulang. And yes Manja, I know you are saying things behind my back like "kepala kak dira lagi besar dari badan". Gotcha!! Huh.



Humans and self-satisfaction. Bila kita gemuk, kita sibuk diet nak kurus. Sanggup tak makan nasi 5 bulan, tiap-tiap hari makan buah je. Bila kita terkurus pulak, sibuk mengadu sakit bahu la, dada la, tulang rusuk sakit la. terus beli weight gain. Bila muka kita ada jerawat walaupun sebutir, kepoh satu kampung nak pi watson cari oxy 6 la, tea 3 la tempek satu muka taknak kasi jerawat keluar. Waktu tu if a date dengan kawan or bf sanggup cancel sebab tak nak kasi orang ramai tengok jerawat. Kadang-kadang sampai stress pikir kenapa jerawat tersembul kat pipi tuh.



Tapi, apa kata kita berhenti sekejap fikir pasal kepuasan diri kita yang tak pernah habis. Sekarang tutup mata anda dan tarik nafas. Tarik....hembus...tarik....hembus...Okay, cukup. Buka mata anda. Lihat sekeliling anda dan fikir. Pernah tak kita terfikir keadaan orang yang sakit?



Hmm....mesti dorang jarang fikir pasal jerawat ke, bentuk tubuh badan ke, rambut rosak ke. Yang ada dalam kepala mereka ialah doa supaya cepat sembuh, dihilangkan segala kesakitan dan dipanjangkan umur. Tak sempat nak fikir 'aku dah kurus ke?', 'berapa inci love handles aku?' 'rambut aku dah bercabang, oh no!!!'. Nope. They have many other important things to think about rather than just physical appearance.


There's a teacher in my school. She suffers from leukemia. Sometimes, aku malu dengan dia. Sebab aku sedar yang aku suka merungut. Pasal kerja, pasal kurus ke gemuk ke. Yes, common things which are unimportant. Such a childish act. Bila aku pandang dia, aku kagum. Sebab dia tabah, dia jarang merungut, dia kuat semangat. Jika aku kat tempat dia, mesti aku dah terlantar kat atas katil hospital. Sebab aku taklah sekuat mana. Lembik. Mengada-ngada. Gemuk sikit dah kecoh nak kurus. Bila dah kurus, pening kepala nak kasi gemuk balik.



Apa yang aku nak sampaikan kat sini, kita kena menjadi hambaNya yang bersyukur. Kita tak pernah puas, betul tak? Cuba bayangkan jika selama kita sihat kita asyik tak puas hati tentang macam-macam. Tapi, jika dengan izin ALLAH kita jatuh sakit, masa tu kita takkan fikir tentang benda lain kecuali ALLAH dan kesihatan diri kita. Masa tu lah kita insaf nak bertaubat. YA ALLAH, berilah kesempatan untuk aku bertaubat sebelum nyawaku ditarik kembali. Aku amat takut jika aku mati sebelum sempat bertaubat. Selain bertaubat, kita akan sibuk minta ALLAH sembuhkan sakit kita. Macam keadaan kakak tu, seingat aku, tak sampai sepuluh kali aku nampak dia makan dekat sekolah dalam masa hampir 6 bulan aku mengajar. Kita yang sihat ni tak nak makan sebab nak kurus tapi kakak tu tak nak makan bukan sebab nak kurus tapi sebab sakit itu membuatkan dia hilang selera makan. Hilang nikmat makan. Korang tak sedih? Mustahil tak sedih.


Bersyukur. Perkara paling penting sebab dalam Al-Quran sendiri cakap, sangat kurang golongan umat Muhammad yang besyukur (nanti aku check surah apa). Tak salah jika kita gemuk and nak jadi kurus. Atas faktor kesihatan, it is a must. Tapi bukan kurus sampai jadi aneroxic okay? Jika ALLAH dah beri kulit kita berjerawat, tak salah beli macam-macam produk untuk hilangkan jerawat. Cuma, kita sangat banyak rungutan tentang itu dan ini. Cuba kita kurangkan merungut tetapi banyakkan bersyukur. 'Alhamdulillah, aku masih sihat, walaupun ada jerawat kat dalam hidung'. 'Alhamdulillah aku masih cergas walaupun berat badan aku dah naik sikit'.



Kan lebih bagus begitu? Kurangkan rungutan, banyakkan bersyukur. Peringatan untuk diri sendiri yang suka merungut jugak. Azam sempena Ramadhan kali ini nak kurangkan merungut dan banyakkan bersyukur. Tak nak azam banyak2, takut tak tercapai pulak.



Setakat itu sahaja, see you in the next post! Selamat menjalani ibadah puasa! Banyakkan ibadah ye kawan-kawan!