Tuesday, February 01, 2011

Siapa nak pizza angkat tangan.



Hari ni kita nak cakap pasal pizza. Kan semalam aku dah kecoh kat blog nak masak pizza kan? Nasib baik lah pizza tuh jadi. Sebelum masak aku dah baca bismillah, selawat nabi, doa makanan biar sedap, basuh tangan guna dettol sume cukup. Dengan izin ALLAH, alhamdulillah setakat ni takde sape2 lagi yang makan mengalami simptom cirit-birit atau keracunan makanan. Aku dapat resepi ni pon masa bloghopping. Then, terjumpa la resepi yang sedap ni.



Semalam aku cakap lagi yang aku tunggu mak aku habis tengok drama indon kan? Tapi!!! Lepas habis je cite tu dia boleh cakap dia tamau pegi. Hmm.. terpaksalah aku rempit camnih. Dah sebulah aku tak rempit. Aku paksa sekali adik aku ikut sebab aku malu la rempit sorang2. Nanti orang suwit2 kat traffic light aku segan la. At least bila adik aku ikut takde la aku syok sendiri ingat orang tu nak ngorat aku. hahahaha. Okay2, berbalik cite rempit2 nih, aku excited btol nak merempit semalam. Lagi-lagi pekan jammed gila. Sume orang nak balik raya kat teluk intan. Bikin sesak je. Nasib baik la cuaca semalam tak panas terik. Mendung2 kelabu je. Disebabkan aku teruja gila nak merempit, aku sampai terpakai selipar bapak aku pi Giant. Sabar je la. Dekat traffic light pulak tuh baru perasan. Penat aku pakai baju hijau tudung pink. Sekali selipar beso pulak. Adik aku dah pukul2 bahu aku kecoh suruh aku u-turn balik rumah tukar selipar. Ah, kejadahnya. Aku abaikan je permintaan tak seberapa dia tuh. Rempit cikaro memang style cenggitu. Selekeh2 sket tapi comel. hahaha.



Cikaro naik scoot. Berlatarbelakangkan kereta antik mak aku. Precious tuh. Kitorang panggil keta tu porsche.




Haaa.. cuba korang tengok, besar kan? besar kan? besar kan?? Pfftt..kaki aku pon bukan cantik sangat. Tapi, alhamdulillah cukup jari takde cacat. -__-



Dah habis beli barang, aku pon terus masuk dapur buat doh. Keinginan membuak-buak btol waktu tuh. Bila da siap uli....ceh, baru pukul 4.30 ptg. Apo den nak buek bakor pizza awal2 ni? Waktu berbuka kang da beku balik pizza tadi tuh.


Uli doh tu sampai lembut tau.





Maka, aku pon dengan rajin pegi la menyiapkan bahan2 utk topping dan cheese sauce. Erm, sausages tu takdelah aku letak seketul seketul atas pizza kan... Tercekik le siapa2 yang makan nanti. Dalam gambar tu tak potong lagi sebab masih berais. So, tengah tunggu ais2 tu cair baru potong bulat2. Hmm..bila dah siap cheese sauce ngan topping, tengok jam baru pukul 5. Eiii..lambat btol la nak berbuka. Takkan nak bakar pukul 6.30, letak topping bagai kol 5. Macam tak logik kan??? Kang lembik plak doh tu.



Tik tok, tik tok dah pukul 6.15. Cepat2 aku pi spread prego sauce (tomato puree ngan tomato sauce takde kat umah), pastu spread cheese sauce then tabur topping setinggi gunung. After that letak bbq sauce, thousand island, mayo and grated mozarella cheese. Tadaa!!!




Cedap tak? Cedap tak??? hahaha. Ni sebelum masuk oven. Pizza ni spesel sket sebab kat rumah aku ni takde pizza pan yang bulat tuh. Empat segi pon empat segi la janji sodap! Selepas panic attack takut pizza tak masak bagai, akhirnya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ada perbezaan ke sebelum dengan selepas masak? Aku tengok mcm tade je. hehehe






Apa-apa pun, tak sampai doplohpat jam pizza ini telah licin ditelan oleh empat orang manusia. Bagi aku da cukup da bomb da pizza ni dari segi seasoning and flavours. Cuma technically tu tak pasti la pulak kan. Kena bagi Chef Tom Collichio judge ni baru aku puas hati. hahaha. Gambar dalam pinggan tu waktu makan breakfast. Mak aku nak merasa breakfast western2 nih. So, dia sanggup postpone masak kueytiaw sampai esok. hihihi. Terharu aku. :)




p/s: Adik aku cakap kat mak aku "Mummy, baik kita call pizza order delivery je. Kalau 40 ringgit da boleh dapat dua pizza da. Ni, kak dira beli mcm2 cheese je da 40 ringgit lebih". Cis.



Only hope







Semoga setiap cebis kebahagiaanku menjadi milik ibu dan bapaku, dan semoga setiap titis kedukaan mereka menjadi milikku Ya ALLAH.