Sunday, November 30, 2008

Kerana kawan ibarat mutiara

K.a.w.a.n

Satu perkataan yang cukup senang untuk disebut.

'Kau kan kawan aku'.

'Kenapa hangpa tak nak kawan dengan kami?


Kawan, rakan, kenalan, teman, sahabat, semuanya sama. Bagi aku, tiada beza pun sebab sesiapa yang tergolong luar daripada keluarga aku ialah mereka-mereka ini.


***********

'Kau kawan yang paling aku sayang dalam dunia ni'.

'Kau tahu, aku benci ada kawan macam kau!'


***********

Kawan,

Matahari lawannya bulan.

Bila siang merangkak pergi, malam pula melabuhkan tirai.

Hujan yang turun, lama-kelamaan akan reda juga. kan?

Semuanya adalah pengulangan.

Jadi, perselisihan faham antara manusia juga adalah normal. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi antara kita sesama manusia.

Adatlah, hilang kawan..jumpa kawan baru..hilang kawan lagi...baik semula..gaduh balik..hmm, pening kan?

Pada pandangan aku, kalau boleh elakkan daripada perkara-perkara sebegini. Pengalaman sendiri banyak mendewasakan aku. Bukan senang apabila kita hilang kawan secara mengejut sedangkan orang semua tahu yang kita dan dia memang rapat, ke mana sahaja berdua. Bukan senang juga untuk menebalkan muka mencari kawan baru supaya tidak keseorangan. Bukan senang untuk meneruskan hari-hari esoknya tanpa dia di sisi. Kita tahu dia perhatikan kita dan ambil berat tetapi hati masing-masing keras. Asyik memikirkan bagaimana hendak memulihkan kembali hubungan yang pernah suatu ketika dahulu sangat gembira dan indah. Dan bukan juga senang untuk menampilkan diri di khalayak ramai apabila ramai yang menggangap kita sebagai pesalah.

Aku belajar daripada kesilapan lalu. Maaf kawan, kalau hati kau sehingga sekarang masih marahkan aku. Aku tidak pernah lupa tentang kisah kita, sentiasa mengingati kau dalam setiap doaku.


Kata seorang daripada kawan baik, 'Nad, be strong.'

Ya, aku cuba. terima kasih atas sokongan kau. :)


Selalu bila aku kecil hati dengan kawan-kawan, aku memilih untuk mendiamkan diri. Itu lebih baik. Ataupun aku lebih suka ketawa di hadapan mereka supaya mereka tahu yang aku okay. Kadang-kadang, rasa penat bila selalu buat macam tu. Semua hati hendak aku jaga sampai satu masa aku terfikir..'sampai hati sendiri tak tahu rasa apa'. Tapi, aku lebih rela macam ni daripada mengecilkan hati kawan. Aku dah tak mahu hilang kawan lagi. Biar aku yang beralah. Biar mereka tak tahu yang aku kecil hati. Lama-lama okay lah. Mungkin juga aku yang bersikap terlalu sensitif.

Kita semua mengimpikan sebuah lakaran kehidupan seindah warna-warna pelangi. Kadang-kala akan tercalit sedikit warna hitam di kanvas tersebut. Tetapi, walaupun hitam, ia tetap suatu warna. kan?

:)


Friendship is always a sweet responsibility, never an oppurtunity.


p/s: kawan-kawan, aku sayang korang semua.

Wednesday, November 19, 2008

Ada apa dengan pelangi?

Cantik, indah, mententeramkan jiwa, membahagiakan dan mewarnai hidup saya.

~Happy Birthday abang~

Tuesday, September 16, 2008

Dilemma golongan terhebat

Dua golongan terhebat. Satu institut.

Sesungguhnya, bila bercakap tentang IPBA, ada dua golongan pelajar yang terhebat. TESL dan juga PISMP. KPLI tak sangat....kot. hehe. Baru-baru ini, ada yang perbezaan pendapat, mungkin juga rintihan hati seorang manusia yang merasakan wujudnya ketidakadilan terhadap salah satu daripada golongan pelajar terhebat. Jadi, aku sebagai salah seorang golongan terhebat, ehem..terpanggil untuk mengulas isu ini.


:: Outing bersama golongan terhebat PISMP ::


Memang betul, wujud unsur-unsur ketidakadilan dalam membezakan kedua-dua golongan terhebat ini. Pada aku, setiap golongan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Kalau nak kata golongan TESL ini berlagak dan sombong, tak patut juga. Mungkin hanya terdapat segelintir daripada kami yang berperangai sebegitu. Al-maklumlah, belajar luor negeri, over the sea pulak tuh. Kami dilebihkan mungkin kerana golongan ini ialah golongan majoriti. Jadi, sentiasa menjadi perhatian. Macam Big Brother pulak. eheh. Tapi, kadang-kadang pressure juga sebab expectation tinggi daripada pensyarah. Mungkin diskriminasi itu ditunjukkan oleh pihak-pihak atasan seperti HEP serta pensyarah-pensyarah dan tiada kena-mengena dengan golongan pelajar. Semua orang pun boleh nampak benda nih. Tak percaya cuba tanya. Kes memilih untuk belajar dalam program harapan negara? Adeh, semua pun program harapan negara. PISMP pun program harapan negara juga. Kalau tak, tak payah la kerajaan susah payah tubuhkan program tuh, siapkan module-module pembelajaran semua tuh. Kan?


:: IPBA men's hockey team in Kelantan ::


Kalau ingin bercakap dari segi kelebihan golongan PISMP pula, wah.........aku jeles okeh! Apa tidaknya, memanjang asyik kome je dapat pegi camping la, Tunas Samudera la, Wilderness la, program ko-ku korang gempak seh. Budak-budak TESL mana merasa semua benda-benda best macam tuh. Alahai...setakat pegi BTN tuh, lari 2 km je paling gempak kot. Setakat buat the so-called jungle trekking padahal a stroll-in-the-ladang-kelapa-sawit-plus-a-lopak-of-mud baik tak payah. Tak thrill langsung. Setakat join KAGUM? Tak de la thrill mana pun. Ada ke patut golongan terhebat PISMP je yang dapat buat semua aktiviti-aktiviti lasak yang best? Dari segi pemikiran aku, ini memang tak adil. Sebabnya, bukan golongan PISMP je yang boleh buat aktiviti2 cenggitu. Ingat budak TESL lembik apa tak mampu buat macam tuh? Sedih la haii..jelas tau tak tengok korang pi macam-macam. Konon-konon golongan terhebat TESL tak boleh sentuh langsung. Ceh, tiada maknanya HEP oiiiiiiii.


:: Menghantar pejuang-pejuang IPBA yang mencatat sejarah di KAGUM N9 ::


Bercakap tentang diskriminasi, alasan ini memang aku rasa tidak patut dibangkitkan. Kalau dibandingkan dengan golongan TESL yang berada di institut perguruan lain, mereka adalah golongan minoriti yang didiskriminasikan oleh golongan PISMP yang jauh lebih ramai bilangannya. Bukan maksud di IPBA terdapat diskriminasi terhadap golongan PISMP yang bersifat untuk membalas dendam bagi pihak pelajar-pelajar TESL lain. Ingat lagi, masa kena pergi preparation sambut merdeka tahun 2005. Ya Ampun!! Asyik kena pandang selek je oleh pelajar-pelajar maktab lain. Eiii..bengang memang bengang, tapi kontrol comel sudah. Jap-jap lalu, budak ni pandang. Eh, aku ne comel sangat ke? Jap-jap jalan, budak tuh pulak pandang sambil bibir-bibir laju mengeluarkan butir-butir kata yang tak tercapai oleh pedengaran aku. Ini sudah pelik. Pastu bila tanya, 'eh, korang budak TESL eh?' dengan pandangan yang pening-pening. Baru la tahu rupa-rupanya mereka-mereka ini tak puas hati dengan budak TESL. Apa lah yang tak puas hati pun aku tak tahu. Jangan lah dengki-dengki ni. tak baik tau!


:: Rescue 911!!! 'Anep Siottttt' injured. ::


Aduhai..janganlah begini wahai rakan-rakan. Kita ini adalah pendidik-pendidik anak bangsa. Kita sepatutnya bekerjasama menaikkan taraf pendidikan di Malaysia ini. Bukan asyik nak tak puas hati, benci sana, jeles sini (walaupun aku jelas tadi, tapi kini tidak lagi. hehe). So, bawa-bawa bertenang ye semua. Ketepikan sahaja ketidakadilan, segala diskriminasi okeh? Mari bersatu padu menuju Wawasan 2020! Yoshhh!~


:: Ohhh..rindu LineDaBesh dan Tasha ::



p/s: Go Go Cikgu!!!!!!!~


Pesanan khidmat masyarakat : Hentikan kebencian dihati.


Aku? Malas nak pikir hal remeh-temeh yang tak masuk akal ni.

Saturday, September 13, 2008

Girls!!!!!!!!Nad sayang okeh!~




Auuuuuuuuuuuuuuuuuuwwwww!!~

Terharunya.....

Girls...Nad sangat-sangat sayang korang!!!!!!!!!~

~
MuaachhhsMuacchhsMMuaacchhsss~


:: Friends FOREVER ::

p/s: girls, bila kita nak pi belgium??

Panggilan Pertama



Panggilan pertama daripada ALLAH swt ialah Azan. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti.

** Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar azan maka ucaplah sebagaimana yang disebut oleh tukang azan

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a

Ketika kita lahir, telinga kita diperdengarkan dengan kalimah-kalimah ALLAH. Seiring dengan panggilan pertama ALLAH kepada kita, kalimah pertama yang didengar oleh kita dan dihembus ke gegendang telinga adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandung kesaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah saw. Azan juga dikumandangkan ke telinga bayi supaya seruan dakwah terhadap ALLAH dan Islam dapat mendahului hasutan-hasutan jahat syaitan.


Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah saw., baginda bersabda, "Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya 'ummu shibyan'."

Ummu shibyan? Apakah itu?
- 'Ummu shibyan' ialah angin yang dihembuskan kepada anak, sehingga anak itu takut kepadanya. Ada juga berkata bahawa ia adalah 'qarinah', iaitu jin.


Tahukah Anda?

  • Melakukan azan dan iqamah adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin).Oleh yang demikian, amin itu lebih baik daripada dhamin. (I‘anah ath-Thalibin: 1/383)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan orang-orang yang azan.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Di zaman Rasulullah saw, sahabat-sahabat serta umat-umat Islam sanggup berundi untuk menjadi muazzin. Alangkah bahagianya kalau di Malaysia pun macam ini kan?


  • Di pohonkan ampun dan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang bersolat dengannya.

Hadis daripada al-Bara’ bin ‘Azib katanya:

Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada (makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan dipohonkan ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia oleh sesiapa yang mendengarnya daripada tumbuhan yang hidup dan kering dan baginya pahala seperti pahala sesiapa yang bersembahyang bersamanya.”

(Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)


  • Mendapat pahala yang banyak

    Sebagaimana di dalam hadis daripada Mu‘awiyah katanya:

    Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat.

    (Hadis riwayat Muslim)

    Adapun yang dimaksudkan dengan orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat itu ialah disebabkan dia melihat pahalanya yang banyak.

    Menurut an-Nadhr bin Syumail, adapun kelebihannya ketika berada di padang mahsyar melepaskannya daripada kesusahan dan kesesakan
    disebabkan ramainya orang pada hari perhitungan itu.


  • Jin dan manusia serta selainnya menjadi saksi pada hari kiamat.

  • Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)

  • Balasan syurga

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)


  • Pintu langit di buka dan saat doa mustajab

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

  • Syaitan pun lari bertempiaran

Hadis daripada Abu Hurairah katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)


Banyak kelebihan azan dan menjadi muazzin ini. Jadi, cik abang-cik abang, mari semua berebut menjadi pemegang amanah okay?


p/s: Sudah terbayang kriteria-kriteria bakal suami. Okay, nak tambah dalam list. Mahu seorang suami yang suaranya lunak mengalunkan azan, bukan hanya tahu melalak karoake sahaja. hehe. Damai rumah aku cenggini.


Thursday, July 24, 2008

Kakak says....


KAKAK says...

aku and manja rindu ko
ni bile dah bukak sem, dah 2 kali aku, manja, azad and ohm double date
dua2 tgk wayang
hancock n dark knight
huhu
cam ade 1 piece of Azman's jigsaw puzzle is missing
indeed, it is

I say...

WaaAaAaAaaAaAaAaaAaAaAaaAaAaAaAa!!!!~
mishhhhhh you too,3,4,5,6,7,8,9...
sangat mahu pulang ke rumah!
Hana, Myra..jom balikkkk!!~

Monday, July 14, 2008

Jika kau sahabatku

MyHotComments.com



Yang aku panggil sahabat itu
ketawa bersamaku
menangis bersamaku

Yang aku panggil sahabat itu
peneman kala ku keseorangan
penghibur kala ku kesunyian
menyanyi saatku sedih
tenang saatku resah

Yang aku panggil sahabat itu
melangkah setia di sisi
ketika aku mencari
cahaya Nur ilahi

Yang aku panggil sahabat itu
perbetul segala kesilapan
saatku kekhilafan

Jika kau sahabatku
simpan sahaja semua keindahan
Jangan cela setitik pun kehitaman

Jika kau sahabatku
aku bersyukur
hadirmu di sisi
melengkapi rantaian mimpi.

Wednesday, June 25, 2008

Bagiku...

Bukan mudah bagiku untuk mempamer diri seolah kuat..bila hati turut pilu, bila mata mula bergenang...

Bukan mudah bagiku untuk hanya berdiri di sana, memerhati..melihat dia melangkah pergi...


Bukan mudah bagiku untuk melambai dia pergi, hanya doa mampu ku panjat buat bekalan perjalanannya...


Bukan mudah bagiku untuk melelapkan mata bila dia hanya keseorangan menempuh jalan pulang...

Bukan mudah bagiku menahan rasa gundah gulana selagi dia tidak selamat sampai...


dan Bukan mudah bagiku untuk terus berlagak tabah bila akhirnya aku kecundang jua...


Kehadapan dirimu yang aku kasihi,
Redhakan dia yang telah pergi,
Basahi bibirmu panjatkan doa,
Iringi langkahnya ke alam sana.




AL-FATIHAH buat arwah bapa Awatif. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.





Saturday, June 14, 2008

A Promised Gift

Di sebalik senyummu yang semanis madu
ada duka sepahit hempedu.
Dalam tawamu yang segirang pelangi
ada lara dipendam sendiri.

Senyum tawa
duka lara
aku lihat semua pada wajah seorang hawa
yang hadirnya bagai sebuah doa
dikabulkan Tuhan tanpa kusangka.

Bersamanya kulalui detik indah
kadang dicalar luka berdarah
tapi sekadar untukku berada lebih dekat, erat
dalam nian dakapan persahabatannya.

Temanku, yang secara bertulis aku akui, sangat kucintai…

Buat kejauhan yang sebentar ini
kenanglah aku sekadar mampumu.

Tika kau nikmati sejuk salju itu
aku mengingati
Tika kau dibelai bayu yang berlalu
aku merindui
Tiap senyum tawa dan duka laramu..
andai dapat aku nikmati bersama
andai mampu aku seka peritnya.

Kau di mataku
sering membahagiakan
selalu menghiburkan
sentiasa menyenangkan
pastinya
tidak pernah tidak kurindu.
dan hanya satu pohonku
agar kau kan kekal begitu
lebih dari selalu.

April 2007
Nurul Saqinah


~Saya dan Dia~


I really love this poem..The poet gave me (I actually asked her for this..hehe) this poem as a gift..i really appreciate this..as it is all about me..Read this, u'll know more about me~