Wednesday, June 23, 2010

I couldn't live,

I couldn't live without your love

And for one kiss and a hug,

well I'd give everything up.




Thank you Abah.




Saturday, June 19, 2010

Tips pergi Vietnam




Adakah kamu semua tahu bagaimana keadaan negara Vietnam sebenar-benarnya? Di bawah terdapat beberapa tips.




1. Mengucap dua kalimah syahadah ketika pertama kali menaiki teksi atau bas serta pertama kali melintas jalan di jalan raya Vietnam.

Serius. Naik je bas kecil lepas tu masuk jalan besar bila keluar dari lapangan terbang memang cuak gila babas. Rasa macam bas yang nak terbabas pulak. Apabila bas kecil mengandungi 21 orang guru-guru perempuan separuh umur dan 3 orang gadis comel muda remaja menjerit2 ketakutan sebab orang2 Vietnam memandu terlebih profesional, keadaan situasi yang diceritakan adalah serius. Malah lebih serius sebab ada dua orang nenek atas 60-an. Risiko serangan jantung adalah sangat tinggi ye kawan2. Bila nak melintas jalan pulak, semua muka nak menangis. Jadi, lelaki seramai 3 orang terpaksa membahayakan diri bertindak sebagai penahan lalu-lintas untuk membenarkan kaum perempuan yang lemah ini tapi semangat nak lintas jalan sebab nak shopping dapat melintas dengan selamat. Memang ngeri. Masa melintas first time, sebab takut punya pasal, serius rasa menyesal sangat sebab tak habis bertaubat sebelum datang Vietnam. Memang ingat ALLAH je waktu melintas. Tapi, bila dah petang sikit, terus berani melintas, berlagak macam takde orang kat jalan raya. Haha.

Jalan raya dia memang bersimpang siur. Traffic light boleh kira dengan jari. Kalau jalan lurus yang sibuk tapi tiba2 dorang nak U-turn 360 kat situ, they WILL seriously do it. Jadi, hon memang akan dengar 24 hours. Bukan sebab nak maki orang tapi sebagai tanda peringatan yang dorang nak lalu. Orang2 Vietnam memang pengguna jalan raya yang sabar. Dorang akan bagi kenderaan paling kurang moden jalan dulu. Contoh, kalau ada teksi, motor dan basikal, basikal akan jalan dulu baru motor then teksi. Semua memandu dengan kadar perlahan. Jadi, takde masalah kalau tiba2 bas terus masuk kanan potong roundabout sebab nak menuju ke exit 3 o'clock. Haa...pening kan? Serius, jalan raya lurus teratur tapi sukati dorang nak guna jalan tu macam mana. Takde maki2, hon je. Takde pulak nak berlanggar sana sini, Kat Malaysia, jalan raya elok, lurus tapi tiap2 hari ada je yang kemalangan. Pelik betul. Jadi, rombongan Cik Kiah kitorang memang semua dah sepakat dengan hipotesis "Semakin moden struktur jalan raya, semakin meningkat kadar kemalangan". Banyak pulak perkataan serius. Tapi, ini memang perkara yang serius. Jika anda google di internet tentang Vietnam, satu-satunya tip yang dia bagi ialah "Watch out when you cross the road". Tak percaya pergi google.




2. Hormat orang yang serba kekurangan.

Kawan2, sesiapa yang mempunyai dasar simpati yang tinggi memang akan cepat rasa kasihan dengan keaadan orang2 di Vietnam. Ramai yang kurang upaya dan mengalami mutasi kesan sebaran racun herba "Agent Orange" angkara Amerika durjana semasa perang Vietnam tiga puluh tahun yang lalu. Rakyat dorang masih miskin dan bersusah payah berkerja cari wang demi sesuap nasi. Kalau masuk market yang macam bazaar tu, ramai yang akan tarik2 suruh beli. Kanak2 pun datang "madam! madam! Buy fan. So hot. cheap. cheap." Tak pun hulur tangan mintak duit. Tapi tak seteruk keadaan di Jakarta.


Kalau tanya dorang, dorang akan cakap dorang poor. Majoriti rakyat Vietnam mempunyai dua pekerjaan. Pukul 2 pagi baru senyap sikit. Kalau tak riuh je bandar Ho Chi Minh tu. Ada sekali my aunt and I kasi tip dekat seorang pekerja hotel ni sebab dia tolong angkat beg dua tiga kali. then, kasi la dia 50000 Vietnam dong which is RM 10. Dia punya terkejut tanya betul ke kita nak bagi dia banyak ni. Then, kitorang tanya dia "kenapa? sikit sangat ke?". Dia cakap dia tak percaya kita nak kasi dia banyak tuh. then senyum lebarrr je sebab dapat RM 10. Waaaa. Masa tu memang nak nangis tengok orang punya seronok dapat duit sepuluh ringgit. Kalau kita, hmmm. Mak bapak kasi sepuluh ringgit merungut nak seratus. Jadi, kita kena hormat dorang sebab dorang memang hormat kita. Mungkin sebab dorang rasa terlalu rendah diri dengan keadaan diri dan negara mereka. Jangan berlagak kaya walaupun duit kita tinggi nilai di sana. Kalau tak nak beli cakap elok2. Jangan macam sesetengah orang yang perasan kaya, kalau tak nak buat muka macam dia mampu beli satu bazaar. Haisshh. Sombong dan kekayaan tu tak bawa kau ke mana cik kiah oii.






Setakat ni, tu je tips yang paling penting. Hehe. tak banyak pun. Dua je. Overall, trip kali ni best sebab tak penah pegi jalan2 ramai2. Dengan cikgu2 SMK Lembah Keramat. Semua kaya2. Aku je yang tak kaya. Haha. Perangai pun macam-macam ada. Pening aku nak layan. Trip kali ni khas shopping sahaja. Takde pun visit2. Memang penat sebab semua gila shopping. Selagi tak habis duit dan kredit kad kena blok, selagi tu la kaki2 dorang pantas je masuk semua kedai. Adoii. Letih aku melayan.


Dekat Vietnam, kain sutera memang murah. Dekat Gulati's kalau beli 4 meter RM 200 camtuh. Kat sana 4 meter RM 24. Kualiti sama pulak tuh. Kain chiffon 4 meter RM 60. Telekung jenis kain sejuk dan licin serta bersulam cantik RM 35 to 45. Peh. mana semua cikgu tak gila borong kain dengan telekung. Lepas tuh semua kena tahan dengan kastam. Hahaha. Nasib baik tak kena denda.



Hmm, tahun depan macam nak pegi lagi borong kain and lawat muzium perang. Bercakap pasal perang, memang aku sokong habis supaya US tanggung semua kos rawatan mangsa2 perang Vietnam yang mutasi, cacat semua tuh termasuk sekali dengan kos pembersihan dioxin daripada racun herba Agent Orange tuh. Eiii, kejam gila Amerika dulu. Tu lah. Buat lagi macam tuh. Kan ALLAH dah balas macam2 dekat korang. Ish.




p/s: Gambar nantilah. Sebab lupa bawa kamera. So, kena tunggu kawan baru add kat facebook. hehe.