Saturday, March 28, 2009

Al-fatihah

Takziah atas pemergian debit card tersayang yang ditelan dengan lahapnya oleh mesin ATM pada pagi semalam.



stress! stress! ya, memang stress. sayang sangat kad tu. huwaaa T-T. dah banyak benda yang dibeli menggunakan kad itu. cantik pun cantik, siap ada gambar kuda hitam lagi. siapa la yang tak sayang kad kan? kad raya pun sayang apatah lagi kad kredit platinum. Apakah ini balasan Tuhan terhadap nafsuku yang kuat bershopping? Nasib baik sempat borong hijab beberapa helai dulu sebelum kad ditelan. hua hua hua. sekarang nak guna duit pun takde mood. :( nafsu shopping semua hilang..lenyap..pupus...buat sementara waktu. sudah lah jauh dari mak bapak dan keluarga, kalau tak boleh pow. mummy, abah, tak kesian ke dengan dira?



mesin ATM tu memang dah lama mengong. kalau ye pun nak telan, telan la kad orang kaya ke yang banyak duit dalam kad dia ke..ada ke patut telan kad aku yang ada 30 pounds je. tak patut betul. eiiii, memang tak patut. hmm, apa-apa pun aku tetap bersabar menerima ujian ini. cey, dalam hati puas menangis tak dapat menerima kenyataan takut orang curik duit. haii, apalah nasib badanku yang bulat macam ikan buntal ni....




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



apa yang kitorang (aku dan housemates) buat semasa earth hour sedang berlangsung? haaa...tidur beramai-ramai? bercerita perkara mistik dibawah simbahan cahaya lilin? menonton cerita hantu? memanggang ayam bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa? heeee, semua salah! jawapan yang sebenarnya ialah........berkaroake sambil berhimpit-himpit di atas sebuah katil single berkongsikan sehelai duvet seramai 4 orang wanita yang sehat-sehat belaka. aktivit yang sungguh bermanfaat, semua orang dapat praktis vokal menyanyi sehingga kering tekak. best, semua genres lagu kitorang nyanyi termasuk lagu feveret sepanjang zaman, cinta di akhir garisan dan juga isabella 98 sebab semua orang dapat part masing-masing. kwang kwang kwang.


Aktiviti seperti biasa diakhiri dengan adegan meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik yang gelap gelita. cis, ini membuatkan aku semakin saaaaaaaaaaaaaayang dengan housemates aku. :D buat la lagi...buat la lagi... kah kah kah kah...eh eh janganlah, cuak seh gelap-gelap nih. panik tau tadi! automatik semua benda menjelma kat kepala. siapa nak layan malam kang nak tido? T-T




p/s: pikir-pikir balik, bila selalu sangat kena sakat aku jadi immune. benda terus jadi kelakar. ha ha ha ha ha