Friday, November 20, 2009

Keluarga Superheroes















Ho yeah!

Saya super busy ye rakan-rakan.

Kelihatan separuh daripada 24 jam dihabiskan di dalam kereta sahaja sejak Sabtu lepas.

Situasi ini akan berlanjutan hingga ke Isnin depan.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kami. Ameen.

Adeh..sakit pinggang duduk lama-lama dalam kereta sampai dah bosan asyik tido je.




Salam-alaykum. May ALLAH bless you darling readers. :)

Saturday, November 07, 2009

Satu impian

Pelihara sepenuh jiwa
agar tidak alpa dunia
kerana setiap kita impikan syurga.




May ALLAH bless you darling readers. :)


p/s: Jangan lupa kerjakan solat. Serta peliharalah solat.

Sunday, November 01, 2009

Amin Muhammad Mahmood

So, there was this guy named Amin. An African. A Muslim. A Sudanese. What do I like about him? He's different from most of the guy that I've known for the last 22 years. Hadoi, bunyik macam dah tua je.


He joined us in MARJON October last year, leaving away his nine-month pregnant wife and his little girl in Sudan. Every year, the African scholarship offers only two places for students to further their study in UK. Being one of the lucky two, I would say he is a very hardworking man and a faithful servant of Allah. His character is so different from the Malaysian boys. Perhaps not all but having seen the boys' attitude, I think there is a huge gap between them.


*switch language jap*


Mula-mula, selalu nampak dia pergi computer lab. Pelik, dalam hati "Maybe he's from Sudan so, he doesn't have enough money to own a laptop". Rasa bersyukurr sebab jarang rasa susah seperti itu. Satu hari, tanya Awatif. Rupa-rupanya Amin punya latop rosak. Dia tiap-tiap hari pergi computer lab sebab nak siapkan thesis. *Yang tukang punya blog ada laptop pon lagha lagi, siap boleh mengarang kat dalam blog tapi kat Word haram satu perenggan pon tak jalan* huhu.


Awatif pernah bagitahu, Amin cakap "The Malaysians are just the same like British". Eh, kenapa dia cakap macam tu. Terus rasa tak puas hati. Biasalah, manusia memang akan selalu nak cuba menegakkan benang. Ohh, alasan di sebalik statement maut tu ialah sebab kitorang jarang tegur dia bila terserempak ke apa ke. Okay, ni yang nak argue nih. haha. Lepas tu, cakap dekat Awatif, "Bukan tak mahu tegur tapi rasa malu dan hormat dekat dia. He's like our big big brother dan kitorang ni perempuan. So sangatlah malu". Padahal dengan kawan-kawan lelaki tak reti malu. huahuahua. Gila hipokrit. kwang3


Bila dia ikut kitorang terawikh sama-sama pada Ramadhan yang lepas, hampir tiap-tipa hari dia beri tazkirah. Kadang-kadang dia ajar bahasa Arab, selalu dia ingatkan 'Sangat rugi jika kita tidak boleh berbahasa Arab kerana itu bahasa Al-Quran'. Selalu juga dia ingatkan, jangan tinggalkan Al-Quran, peneman hidup kita sepanjang hayat, panduan kita di dunia dan bekalan ke syurga.


Satu yang saya lihat pada dia, dia sangat menghormati dan memuliakan perempuan. Contoh terbaik, tiap-tiap malam ketika terawikh kitorang kena susun dan angkat meja kerusi jadikan penghadang antara lelaki dan perempuan. Susahnya rasa sebab dekat Malaysia tak pernah rasa semua itu, dah siap tersedia cuma tunggu untuk guna atau tidak sahaja. Di sini, hendak solat terawikh pun mengigil-gigil sampai terketar-ketar bibir. Tapi, dari situ saya belajar bersabar. Tidak semua benda itu senang. Berbalik kepada cerita Amin tadi, dia tidak boleh lihat kami, perempuan mengangkat meja bersusah payah. Kebiasaannya dia yang akan membuat kerja tu, kami cume menyusun sahaja. Ada juga Malaysian boys yang macam tu...tapi entahlah tengok relaks je. Macam meja tu seberat pinggan je. :)


Tiap-tiap hari jumaat bulan Ramadhan, kami akan adakan iftar beramai-ramai. Orang Malaysia dengan makanan seperti irama dan lagu, lebih-lebih lagi lelaki. Opps! Mungkin sudah menjadi budaya Amin, orang perempuan diberi laluan untuk mengambil makanan dahulu daripada lelaki. Pernah sewaktu jamuan hari raya pertama, penat saya menyuruh dia mengambil makanan dahulu kerana dia tetamu dan dia lebih tua tetapi dia tetap tidak berganjak daripada kerusi. Malah berkali-kali meyuruh saya. Ish, pelik betul orang tua ni. hihi. Rupa-rupanya, bila dia pasti semua perempuan sudah mengambil makanan, barulah dia bangun memenuhkan perut dia pulak. Bagusnya. Tidak pernah saya rasa amazed dengan sikap seorang lelaki dalam bab makanan nih. Kalau our boys, sadly to say they are the first ones who'll conquer the food..most of the time la. And always worry if the girls eat more than one round. As if we were going to finish all of the food! Sorry boys.


Sama juga di Malaysia, saya kerap terjumpa golongan lelaki sebegini. Yang mahu perempuan terlalu mengikut cakap mereka, tidak kisah mengarah itu dan ini kepada perempuan, memperlakukan perempuan seprti buruh kasar pun ada. Tapi, what to do? Mungkin sudah tiba masa universiti mewujudkan kelas etika? Tetapi sejauh manakah tahap keberkesanan kelas itu? *dah rasa macam Mazidul Akmal Sidek dah cakap ayat macam ni. Tak pun Karam Singh Walia. haha*


Earlier on, I said there is a huge gap between the boys and Amin. Memang terbukti, mungkin perbezaan wujud kerana level of maturity. Malaysian boys belum capai tahap kematangan yang sebenar. Atau mungkin juga cara hidup Malaysia dan Sudan berbeza jadi mereka telah dididik dengan cara sebegitu sejak kecil iaitu lelaki sebagai ketua. Tidak salah berpendapat begitu tetapi tidak salah juga bagi lelaki untuk belajar menghormati dan memuliakan wanita. I learnt a lot from Amin during the three weeks of Ramadhan. Tentang culture di Sudan, tentang Islam..dan banyak lagi. Susah untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang boleh membuatkan saya immpressed dengan akhlak, intelek dan keperibadiannya.



Semua di atas hanya pendapat, saya tidak bermaksud untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Sekadar menulis untuk mengelakkan blog menyepi.


Salam-alaykum. May ALLAH bless you darling readers. :)