Monday, April 26, 2010

Jangan putus berdoa

Adik lelaki, Khalil mengirim pesan supaya kami adik-beradik baca dan paham artikel ini. Mungkin terlampau banyak dugaan yang diharungi, menjadikan kita alpa sekali sekala dan jadi marah kerana lelah menanti sesuatu yang baik. Ini saya ambil terus tanpa tapis dari laman sesawang Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Selamat membaca ye sahabat-sahabat sekalian. :)


1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.

Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.


Source taken from:

Mohd Asri Zainal Abidin. (2010). Penat menanti detik kemustajaban doa. Retrieved April 26, 2010, from http://drmaza.com/home/?p=1109#more-1109

Saturday, April 24, 2010

DO NOT DISTURB

I'm growing tired of thinking about everyone else's feelings. I need a room to breathe, to think, to reflect. I need to lie down. I need to rest. I want to sleep. and please, knock on anyone's but my door.

Wednesday, April 14, 2010

When this is the THE END






You know I love you so

I love you enough to let you go.







Darling don't let the tears fall,
cause you'll find another sunshine
somewhere over the dark clouds.




Friday, April 09, 2010

Tak kasihan ke?

Tak paham betul. Memang betul-betul tak paham.



Kenapa tak boleh bawa beg masuk perpustakaan sedangkan ada TIGA batang scanner untuk detect siapa-siapa yang nak terbawa buku keluar dari perpustakaan secara haram?


1. Apakah fungsi TIGA batang scanner di pintu keluar masuk perpustakaan?

2. Apakah rationale di sebalik kewujudan TIGA batang scanner di pintu keluar masuk perpustakaan?

3. Adakah ahli-ahli perpustakaan tegar melihat gadis-gadis berbaju kurung, berskirt, bercheongsam, bersari bagai berjalan terkedek-kedek; sebelah tangan membawa buku-buku sampai tak nampak kepala, sebelah tangan lagi nak pegang handphone, purse, lip gloss, botol air serta pencil case? Lagi-lagi kalau gadis-gadis memakai kain sapu lantai. Tak tercapai tangan nak pegang kain sikit supaya tak terpijak kain, bila jatuh gedebuk maluuuuu, mana nak letak muka?




Jadi, kelmarin kerana rasa sedikit tak puas hati sebab kena tegur pasal selamba sardin bawa masuk beg ke dalam perpustakaan. Maka, dengan beraninya aku melangkah ke kaunter dan bertanya kepada abe yang sedang bertugas.



"Kenapa ye abang, kitorang tak boleh bawa masuk beg dalam library? Rugi je letak scanner tiga bijik kat pintu tapi tak digunakan ponnnn. Dah la kadang-kadang bawak banyak buku, nak pegang banyak benda lagi. Berat tauuuu."



"Dah baca belum kita punya pamphlet? Kalau belum, meh jap..baca dulu baru tahu kenapa. Ini semua prosedur. Terpaksa ikut". Amboii abang ni, penat aku membebel tak puas hati dia nak kasi pamphlet je? takpe takpe, aku cakap mungkin aku akan lebih memahami bila dah baca pamphlet.


Hmm..takde keterangan pon kenapa tak boleh bawa masuk beg dalam perpustakaan. Cuma boleh bawa beg laptop je atau handbag yang kecil. Errr, handbag kecik molek is sooooo not in trend. haha. Lagi satu, apa kes la kan nak bawak laptop tiap-tiap kali nak masuk perpustakaan. Abang tu cakap lagi semua perpustakaan kat Malaysia macam tu. Jika macam tu, membazir je pergi melabur ribu-ribuan untuk scanner kat pintu masuk yang tugasnya hanya untuk tido tak buat apa-apa pon. baik pergi lajukan wi-fi ke. Syok sket.



Dekat UK dulu, bawa sepuluh beg masuk library pon takpe. Siap dengan jajan, bubur la, megi goreng la. Pastu main tinggal je kalau nak pi solat. Laptop pon main tinggal je. Culture orang sana, memang tak usik barang orang lain kot.



Tapi sekarang, Malaysia ialah realiti yang aku akan hadapi untuk beberapa puluh tahun akan datang. Bersyukur kerana masih ada perpustakaan. Fully air-cond pulak tu. So, jinjit je la barang-barang tu. Semua benda nak senang pon susah jugak kan? Kena hantar sekolah pedalaman takde perpustakaan baru tahu. Huwaaa, tu memang tak boleh hidup la. T___T Sebab hidup aku wajib dikelilingi bahan-bahan bacaan. nanti takde buku aku nangis gila-gila sebab takut bosan. hee :D

Sunday, April 04, 2010

Ketiak Julia Roberts

Masuk tahun ni, dah 7 tahun kami kenal. Mula-mula waktu kenal dia, kali pertama jumpa ingat dia tu 'aww-aww'. Tapi ternyata hanya muka jambu, pipi tulang tinggi (high cheekbone?), mulut tahap api roket, suara maintain garau dan tegas.


Mula-mula, dia baik macam malaiikat. Pijak semut depan kitorang pun tak mati. Tenang je. Senyum tak pernah lekang dari bibir Angelina Jolie dia. Penuh hati-hati handle kitorang adik-beradik. Tak pernah marah walau nak angkat kening ala-ala Ziana Zain. Dalam hati, "wah..inilah abang yang kita idamkan selama ini. COOL habis!".


Bila dah selesa sikit, mula lah. Semua belang kita nampak. Berwarna-warni. Eceh, dah mula demand nak Nescafe setiap kali datang. Mentang2 nescafe bancuhan mummy memang sedap. Pastu makan macam baru dapat gaji. Semua yang ada kat rumah dia bedal. Tapi, kitorang tetap sayang dia.


Lama-lama, dia dah pandai. Kalau salah sikit cepat je suara nak tukar tune. Mula la kitorang especially aku terketar-ketar. Rasa nak menggigil bagai. Nak pegang pen pun dah senget-benget je tulisan. Sampai terus lupa formula Add Maths. Apalagi, bila dah lupa kena pulak ketuk dengan hanger sampai patah. Best! Masa tu tergedik-gedik macam ulat nak elakkan diri dari kena pukul. Mummy dengan abah lepak je. Relaks tengok anak-anak kena tibai. ha ha. Lepas tu, tiap kali ada test mengejut mesti dahi kena conteng dengan marker pen bergaris-garis. Saja nak tunjuk bakat melukis garisan lurus la tuh. Bengang betul! Dah la esok pagi nak sekolah! Paling sakit kena cubit la. Adoiiii!! Rasa macam nak terkoyak kulit. Dia punya pulas, lagi hebat dari nak kopek rambutan ke pulasan ke.


Tapi, ada satu hari tu. Hari tu memang aku ingat sampai sekarang. Malam tu, kena revise tajuk 'Indeks & Log'. Aduh, kenapa aku lembap sangat dengan tajuk ni pun tatau la. Dah banyak kali dia ajar tapi selalu tak boleh jawab. Kadang-kadang frust dengan diri sendiri sebab lambat tangkap untuk tajuk ni. Tengah-tengah buat exercise, entah macam mana tersilap equation. Aku tersengih-sengih la sebab tahu memang salah. Sekali dia perasan pulak. Terus ketuk tangan aku dengan pembaris kot, tengking tahap kuat mummy sampai datang jenguk ikut tingkap. Manja kat sebelah dah terkedu. Sebab malu, aku pun nangis beria tutup2 muka atas meja tak nak angkat2. Mummy biasalah dok psstt pssst kat pintu. elehh, macam aku tak boleh dengar. Dia rasa bersalah kot. Terus tepuk-tepuk bahu suruh jangan nangis tapiiiii dasar lelaki! Kempunan la nak dengar dia cakap sorry. Dah setengah jam macam tu sambung belajar sambil tersedu-sedu lap hingus dengan tisu. Sebak punya pasal terus tido lepas dia balik. Esok malam dapat call, mummy paksa jawab juga. Bila cakap 'helo', terus dia minta maaf cakap 'jangan merajuk dah'. ha ha. Macam boyfriend kita pulak sampai nak call suruh jangan merajuk. Alolololo kensel nak merajuk.


Sejak tu, secara automatik terus pandai 'Indeks & Log'. Terus betul semua bila buat exercise. Tapi tak kena puji pun. Kena tengking lagi adalah. tapi, tengking2 sayang je la. ha ha. Paling bangga bila dapat result SPM, bagitahu dia dapat Add Maths dengan Kimia A1. Dia senyum je sepanjang tahun tu sebab Ayang dengan Manja pun dapat straight As for UPSR and PMR. :)


Sejak tu, kami panggil dia Abang Long. Dua tahun dia ajar kami tiap2 hari Selasa dan Khamis. Sampai sekarang mulut dia masih berapikan roket.



Minggu lepas, bila Madam Vasantha (guru cemerlang JUSA C) -even my father knows her- suruh tutup mata dan bayangkan seorang cikgu yang memberi impak maksima kepada kita, terus aku ingat dia. Terbanyang-bayang dia tengah tengking, paksa buat 50 soalan satu hari. Nangis. memang asyik nangis je belajar dengar dia. Tapi, itulah yang aku ingat sampai sekarang.



Thanks, Abang Long! Wah, dah maju ada anak kembar. tak de perancangan nak tambah ke? ngeh ngeh ngeh (ketiak masih macam Julia Roberts ke? :P)