Friday, December 24, 2010

Tips pergi rumah orang




Mr Boyfriend is coming to meet the family for the first time evah tomorrow.
.
.
.
.
.
.
.
.

I'm sooooooooo freaking nervous! Should I bake his favourite cake? Oh, I don't even know what his fav cake is! Or should I wear pretty clothes? Haha. Nanti overdressed pulak! One thing for sure, my siblings are going to bully me till death. As simple as it is, the rule states 'If your boyfriend/friend/fiancee is coming to our home, you have to do all the house chores by yourself'". Shite.



Anyway, we are having barbecue at home as this is Manja's last weekend before she fly off to NZ to finish her third year. That's why I can't wear pretty clothes! Haha. I'm sure that my family is going to stare at me like an alien or something. Better be simple yet pretty. Well, less is more. *please don't puke, dear friends*



*Language switch*




I ada satu soalan khas untuk para perempuan cantik di luar sana (semua perempuan adalah cantik dan berhak rasa cantik. Jadi ayat di ats ditujukan untuk semua perempuan eh).

.
.
.
.
.



Apakah adab bertandang ke rumah orang?





Hari ini, ingat nak share few tips jika kita bertandang ke rumah orang.



1. Bersikap sopan-santun dan berbudi bahasa walaupun orang tersebut kurang disenangi oleh kita.

Penting ya kawan2, sebab yang kau pergi tu bukan rumah kau. Jadi, kat sini amat penting untuk kita sedar diri yang kita perlu bersikap baik dan memaniskan muka di hadapan orang tersebut. Bukan untuk jadi hipokrit tapi sekurang2nya, kita tak menyakitkan hati tuan rumah. sebab jika kau buat muka benci atau bodoh sombong, tuan rumah pon rasa nakkkkkkkk je halau kau keluar rumah. Tapi, mesti dia tak halau kan sebab tu bukan adab melayan tetamu dgn baik.




2. Tidak bersikap pemalas.

Tip ini sangat penting jika kita datang makan2 atau bermalam di rumah orang tersebut. Daripada pengalaman I yang tak seberapa nih, I perhatikan yang banyak gadis-gadis kurang gemar menunjukkan sikap rajin mereka ya. Maaf jika ada sesiapa yang terasa. Tujuan I menulis bukan untuk sindir siapa2 kerana I ni tak lah rajin mana pon. Setakat kemas rumah tiap2 hari, dari pagi sampai kol 12 tghari baru berhenti. Daun2 gugur rumah jiran pon I sibuk nak sapu. Kesian, jiran I sibuk sangattt sampai tak sempat nak sapu daun-daun kering. Okay2, I kena berhenti cerita tentang kerajinan I yang tak seberapa nih. I takut lelaki di luar sana terpikat pulak.


Wahai perempuan2 cantik, bila kita berkunjung ke rumah orang, tunjukkan lah sket sifat rajin. Jika kau makan tengahari kat rumah dia, angkat pinggan sendiri dan basuh. Jangan main tinggal je. Dalam hati tuan rumah mesti terdetik 'Cantik dan terpelajar budak ni, tapi sayang, pinggan sendiri pon susah nak basuh'. Mesti kau tak nak orang pikir macam tu kan. Kalau makcik2 yang pikir takpe lah jugak. Tapi, kalau ada anak2 dia yang hensem ke pikir macam tuh, mesti kau malu kan? walaupun lelaki hensem tu tak berniat pon nak usha or pinang kau. Jika kau bermalam kat rumah dia pulak, tunjukkan lah muka kat dapur. Kalau tak tahu masak, pi lah sembang2 ke, potong apa2 yang patut. Kalau tak reti potong bawang ke cili, hah, tolong je lah basuh pinggan mangkuk. Tak tahu basuh pinggan mangkuk?? Err...entahlah. I pon susah nak cakap.

Niat I bukan nak menunjuk atau menghina. Mummy I ajar kitorang adik-beradik supaya jangan malas kalau pegi rumah orang walaupun rumah tu rumah saudara. I tahu, ramai ibubapa di luar sana pon ajar perkara yang sama kepada u olls kan? Jika ya, betuah ibu bapa korang sebab ada anak yang rajin, Bertuah juga suami2 dan anak2 korang nanti. ;) Ada sekali tuh, I pergi rumah kawan baik I. Lepas makan I nak basuh pinggan sendiri. Then, maid dia rampas pinggan I tak kasi basuh. I rampas balik cakap yang tuh pinggan I. So, I kena basuh pinggan sendiri. Dia rampas balik. I rampas balik. Berlaku adegan rampas-merampas pinggan. Kawan I buat bodoh je, tak masuk campur. Haha. Last2, I menang. Yesss!!! Malu dowh, kalau orang basuhkan pinggan kita. Sendiri makan sendiri basuh la. Tapi, kalau pergi kenduri kahwin yang besar ke, tak payah la kau sibuk nak basuh pinggan, lap2 meja pulak kan? Common sense, darlings!


Ada satu perkara yang I tak paham sebenarnya. Ada seorang saudara I, kitoang pergilah datang rumah dia sebab adik dia ada orang masuk merisik. Dah habis makan, of course lah kitorang basuh pinggan masing2. Nak dijadikan cerita, tiba2 dia jerkah I dangan adik I "Eh, korang ni tahu datang makan je kat rumah orang, pi dapur basuh pinggan mangkuk tuh!". Automatik darah I menyirap tapi cepat2 I kawal sebab I nak jadi hot chick, bukan hot-tempered chick. Kitorang bangun pergi dapur terus basuh pinggan mangkuk yang bertimbun tuh. Diam. Tak bercakap pon. Sebab apa I bengang? 1. Sebab dia main tengking2 je. Hello, you are very rude, lady! 2. Excuse me, you could/should as well say the magic word 'please'. 3. Bertahun2 dia datang rumah I (open house every 2nd day of raya), I tak penah nampak dia basuh pinggan kat dapur rumah I yang ada tiga sinki tuh. I selalu nampak dia kat dapur sebab dia suka makan. Well, mummy is the best cook of all.


See? Gadis2 cantik sekalian, kita jangan bersikap kurang ajar dengan tetamu. Kalau dia taknak basuh pinggan takpe. Kita diam je. Sebab mereka tetamu. Tetapi, jika kita pergi ke rumah mereka, tunjukkan yang kita mampu basuh pinggan sendiri kerana kita mempunyai anugerah kedua belah tangan kita dari ALLAH swt. Jangan malukan diri sendiri dan juga mak bapak kita hanya kerana sifat malas kita. Kesian parents kita.



3. Tidak mengusik barang2 di dalam rumah orang.

Hmm.. nama pon rumah orang. So, the things are not yours. Jangan pandai2 nak usik barang orang. Tak elok. Kalau menarik dan kau pon tertarik, tanya dulu baru pegang. Kot2 yang kau pegang tu benda yang tak boleh dipegang ke. Macam yang jadi kat kawan I. Kitorang 4 orang naik teksi. Dia ni duduk depan. Ada bola2 merah yang cantik kat atas dashboard. Jari dia sangat gatal, terus usik bola2 tuh. Driver tuh terus tegur 'eh, benda tuh pendinding teksi ni. Tak boleh usik'. Haaa.. seram tak? seram tak? serammmm takkkk????



4. Bawa buah tangan.

Kau bukan bawa/beli buah tangan untuk orang yang sakit je. dan2 bila orang tu msuk hospital ke sakit ke, baru nak bawak buah tangan. Ish3. Kalau datang waktu petang bawaklah kuih muih sket. Macam ada seorang cikgu ni, dia sangat baik dengan family I. Sampai kalau dia nak datang siap call tanya kitorang nak makan kuih apa. Wah! siap order kuih dengan tetamu lagi. Hahaha. Mr Boyfriend nak datang nih siap tanya buah kegemaran ramai, apa favourite adik semua. Huahuahua. Ni btol nak tackle family nih. Pschhttt!! Bila I cakap favourite I baju and kasut, tak nak pulak beli. T__T Fine! I merajuk!




All in all (haha, ayat conclusion for assignment), jika kau adalah tetamu, beradablah seperti seorang tetamu yang baik. Jika kau terpaksa jadi hipokrit, buat je lah. Bukan orang tahu pon. Asalkan tak menyakitkan hati orang. Selamat beramal! :)





3 comments:

Md . Fakhri said...

hello tuan umah, nak beli buah aper nih... nervous2

Alice said...

Hahaha. Tak beli ponnn!!!

earth angel said...

hello ??? gaya over *
pls rAMPAS pinggan anje bile anje nak basuh nanti pelisss ..hahha