Monday, June 01, 2009

Bila Izrail datang memanggil



"Dialah yang menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa
(dalam melakukan pembalasan terhadap
orang yang derhaka)
lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".

[Al-Mulk: 2]


Setiap yang ada jiwa, roh dan nyawa pasti akan merasa kematian.






Ya sahabat-sahabat, kali ni saya nak share sedikit sebanyak tentang kursus pengurusan jenazah yang saya hadiri Sabtu lepas. Fuh, rasa macam nak bagi speech pulak. hi hi



Menjawab tentang persoalan mengapa perlu adanya pengurusan jenazah, kita sebagai yang hidup mestilah menghormati dan memuliakan tubuh badan orang yang telah meninggal dunia. Bermula daripada sejarah pembunuhan pertama di dunia iaitu apabila Qabil membunuh Habil, atas kasih sayangNya terhadap jenazah yang suci itu, Allah swt telah menurunkan ilham kepada Qabil bagaimana hendak mengebumikan jenazah adiknya melalui gagak. Begitulah hinanya pembunuhan sehinggakan manusia terpaksa bergurukan seekor gagak bagi menguruskan jenazah.

Sebagai muda mudi pemangkin bangsa, kita tidak boleh mengharapkan kepada golongan tua ataupun 'orang surau' sahaja untuk menguruskan semua hal berkaitan kematian. Penting tu sahabat-sahabat sekalian. Ingat ye, walaupun tak masuk periksa. Masuk telinga kanan, tutup telinga kiri tu rapat-rapat. cewahh, pandai je aku nasihatkan orang. hee :D

Luangkan masa melawat sini. Jangan asyik shopping kat blog je.


Berbalik kepada ayat di atas, menurut Ustaz Erfino (comel orangnye, eh korang ni..dah 4 anak dia!) mengapa disebutkan mati sebelum hidup? Haa..jangan konfius, sini meh saya nak terangkan nih. Ya sahabat-sahabat, di sini lah dinyatakan tentang konsep kematian dan kehidupan.
  • Mati merujuk kepada kematian (yelah, apa lagikan?) yang bermaksud perpindahan dari alam sementara ke alam abadi.
  • Hidup pula merujuk kepada kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana, kehidupan yang paling bermakna di mana manusia dimuliakan.

Jadi, kita semua tahu dunia ialah sementara. Maka, kita tidak harus takut akan kematian kerana selepas kita mati, kita akan berpindah ke alam yang tidak tergambar kenikamatannya berbanding apa yang ada di dunia fana ini. Jangan takut ya sahabat-sahabat, kita semua akan merasa kematian jadi marilah kita mempersiapkan diri memenuhkan bekalan untuk di bawa ke sana.



Tiga amalan yang mengikut masuk atau diambil kira walaupun kita telah pergi meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya.

1. Sedekah jariah- sedekah bermaksud huluran yang ikhlas; jariah pula membawa maksud berterusan. Bukan senang nak mencapai tahap ikhlas. Pergh, susah tahu! Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tak tahu apa-apa pun. Tapi, jangan risau sahabat sekalian, kita boleh!

2. Ilmu yang dimanfaatkan- Sesiapa yang masih mempunyai doubt untuk menjadi guru ataupun tidak, YA ALLAH YA TUHANKU, besar pahala weh! he he. Ustaz comel tu cakap lagi, sungguh mulia pekerjaan seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Dan selagi ilmu yang disampaikan itu dimanfaatkan ke jalan yang benar, maka walaupun telah pergi buat selama-lamanya guru tersebut tetap mendapat pahala. Ha! cepat, semua orang isi borang jadi cikgu lagi-lagi school leavers. Siapa tak nak weh? Rugi tahu! Ramai-ramai, say yes to 'CIKGU'!

3. Doa anak yang baik dan soleh- Doa boleh dalam pelbagai bentuk, cara dan bahasa. Kalau konfiden doa dalam BM, doa je. Sebagai anak, kita mesti nak ibu bapa, tok nenek, saudara seislam kita masuk syurga kan. Jadi, jangan lupa doa untuk mereka setiap kali lepas solat. Tak pun lepas tengok berita Palestin kena bom, doa dalam hati supaya saudara kita yang terseksa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.



Okay, ini pun saya baru tahu. Ingatkan lelaki sahaja yang boleh mandikan lelaki dan sebaliknya. TETAPI, perempuan pun boleh mandikan lelaki dan lelaki boleh memandikan perempuan dengan syarat mereka ialah mahram (kalau tak betul, tolong betulkan eh. i don't know how to put it into words.) EH, NI APPLY TO SUAMI ISTERI JE EH (terima kasih Zati sebab tegur. malu aii terlupa satu fakta nih *blushing*). Yang lain jgn nak mengada eh. Ustaz comel tu cakap lagi, yelah kalau nak tunjukkan 'oh sayang, cinta abang padamu kekal abadi hingga ke alam barzakh, tiada yang lain hanya kau dihatiku..whatsoever', ye, SUAMI boleh mandikan jenazah ISTERI. sama juga dengan isteri, boleh mandikan jenazah suami. Apa lagi, suami isteri di luar sana..take note okay. Ini kerana, isteri adalah orang yang paling dekat dengan suami begitu juga suami, berhak ke atas isteri. So, rebutlah peluang ini. Hargai orang yang tersayang dengan memuliakan dia pada saat-saat akhir sebelum dikebumikan. sobs sobs T__T. Nanti I nak pergi buat perjanjian dengan suami I lah bila dah kahwin. Romantiknye.





p/s: I teruja nak tunggu Kursus Pra-perkahwinan. Nanti dah pergi I share okayy. :B

8 comments:

Cikgu Puaka said...

mesti tketar2 suami if bru 2 3hari kawin tiba2 dh suruh sign agreement 'awk mandikan jenazah sy, sy mandikan jenazah awk, haaa kte tgk sape mandi dlu'

Alice said...

hahahahahahahahahha

azarsyafiq said...

wah kak nadira..post yg power..lg skema dr mc bertugas haritu..huhuhu

Alice said...

hehehehe..mana ada laa.. awk lagi hebat!

Md . Fakhri said...

waahh romantik nyer... terharu abg cmni ;D

zatiMJ said...

"Ingatkan lelaki sahaja yang boleh mandikan lelaki dan sebaliknya. TETAPI, perempuan pun boleh mandikan lelaki dan lelaki boleh memandikan perempuan dengan syarat mereka ialah mahram"

try tgk contoh nie, abg dan adik perempuannya adalah hukumnya mahram. tapi abg takleh mandikan adik perempuannya sebab terdapat batas2 aurat. rasanye kat sini boleh di applykan hanya utk suami isteri je kot sbb tiada batas aurat dan isteri lebih berhak ke atas suami dan sebaleknya. waAllahua'lam.=)

(kalo slh btolkan. cheers!) haha

Alice said...

hehe..japgi nad tukar. thanks ketua!!

cheers buddy~ haha

nanad said...

wei alice...
nk tunggu kursus kawen ek??
Ak dh pi dh kursus tu...
tinggal nk kawen jeerrr..
hahaha=P