Tuesday, March 02, 2010

Hitam atau putih?

Atuk pesan,

Jika nak masuk syurga, hati kena bersih. Tiada guna pakai tudung jika mulut masih lincah menghambur kata nista, jika lidah masih laju menabur fitnah.



Atuk pesan lagi,

Tiada guna solat tonggang-tonggek lima waktu sehari semalam jika hasad dengki beraja di hati. Jadi hati, jangan pernah terlintas ada niat menganiaya orang lain. Tak baik. Kasihan orang tu.





Macam Tok imam, bapa Nur Amina dan Siti Sarah dalam cerita 'Nur Kasih' tu cakap pada Siti Sarah;


"Cuba tengok hati kamu tu. Sama ada hitam ke putih ke hati kamu tu, kamu sendiri yang jawab."









Jadi sanak saudaraku sekalian, jangan suka buat kesimpulan sendiri. Jangan suka menyerang tak tentu hala. Jangan ikutkan hati yang jelas menunjukkan sungguh kurangnya kesabaran kamu semua kerana itu menandakan ceteknya pemikiran kamu. Fikir gunakan otak, jadi kata-kata akan tersusun lebih indah meski ada salah faham sekalipun. Buka mata, buka telinga, buka minda dan buka hati. Mungkin susah untuk kamu lihat dan dengar apa yang terjadi kerana hati-hati kamu bersalut lumpur hitam yang pekat.



Tanya sama hati
hitam ataupun putih?

5 comments:

zatiMJ said...

ati sy ijau. sbb sy suka ijau :)

Alice said...

muahahahahahahahahahahahahaa

lucah! lucah!

haip! haip! kita serius ni..

johnlabu said...

hati kene putih,suci...tp sy suke kaler itam...hehehe.. :)

Alice said...

johnlabu: ameen. suka je takpe. hati kena putih berkilau2. hehe

nasa said...

putih ke hitam?sendiri yg jawab..mntak2 putih sntiasa laa kan :)